Friday, 26 April 2013

Encik Separuh Jiwa 15






ELIA mendegus kasar. Beberapa kali nombor telefon Amir dihubunginya namun tidak juga bersambung. I-phone itu diletakkan di atas meja berhadapan degan sofa yang sedang dia duduk. Geram dan sakit hati silih berganti. Alat kawalan jauh dihalakan kepada skrin tv bersaiz 32 inci di depannya.


“Kau ni mengeluh je dari tadi kenapa?” soal Isya rakan serumahnya. Isya duduk di sofa sebelah Elia. Semangkuk kerepek pisang di hulurkannya kepada Elia. Elia geleng kepala tanda tidak berminat.


“Kau kenapa? Ceritalah,” Isya cuba mencungkil rahsia.


“Amir ni, dari tadi aku call tak jawab-jawab. Aku nak ajak ditemankan aku pergi shopping ni.” Balas Elia dengan muka yang mencuka.


Isya sudah geleng kepala mendengarkan kata-kata Elia. “Kau sedar tak apa kau cakap ni?” soal Isya pada Elia. 


Elia angguk kepala. “Sedar,” balas Elia tidak bersalah.


Mangkuk berisi kerepek diletakkan Isya di atas meja. Pandangannya beralih dari skrin televisyen kepada Elia di sisinya.


“Kau ni memang muka tak malukan? Kau putuskan pertunangan kau dengan dia sebab lelaki lain, tapi bila nak kemana-mana kau masih harapkan dia. Apa motif kau sebenarnya? Kau rasa dia tu tak ada perasaan ke?” soal Isya sengaja menambahkan api kemarahan Elia.


“Dia yang nak dekat aku, bukan aku yang paksa,” Balas Elia separuh marah.


“Memanglah dia nak dekat kau. Tapi, perlu ke kau bagi dia harapan? Tindakan kau seolah-olah kau mempergunakan dia. Kau sedar tak kau sengaja menambahkan kesakitan dia, kau buat dia macam orang bodoh, macam orang tak berguna, kalau kau tak sayang dia lagi, tak suka dia lagi, jangan ganggu dia, jangan perbodohkan dia!” Isya juga tidak mahu kalah, Isya cuba meletakkan dirinya di tempat Amir, cuba berkongsi rasa sakit yang Amir tanggung.


“Amboi, kau beriya nak sokong dia sangat ni, kau suka dekat dia ke? Kalau suka cakap je lah!” Elia pula sengaja menyakitkan hati Isya.


“Kau ni angkuh sangat, suatu masa bila orang buat kau macammana kau buat pada Amir, masa tu baru kau tahu macammana sakitnya rasa tu, aku nasihatkan kau sebab aku sayangkan kau, bukan aku nak caras Amir dari kau!” ucap Isya.


“Ini hidup aku, kau tak perlu nak ikut campur, cukup-cukuplah mak aku membebel dekat aku, kau jangan nak tambah lagi, aku tak lalu dah nak dengar,” jawab Elia geram.


Isya sudah geleng kepala. “Cuba kau bayangkan kalau Lutfi buat kau macam yang kau buat dekat Amir sekarang ni, apa rasanya? Oh, aku lupa… sekarang kau tak rasa sebab Lutfi jauh dari kau.” Isya masih tidak berhenti menyakitkan hati Elia.


“ Apa masalah kau ni? Bosan aku dengar kau membebel tak henti-henti,” balas Elia marah. Elia bangun dari kerusi, I-phone di atas meja dicapai lalu Elia bergerak ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar tanda protesnya pada Isya. Isya yang masih duduk di sofa geleng kepala. Bosan melihat sikap Elia yang ego dan angkuh itu.


Elia menghempaskan diri di atas katil. Elia mengeluh lagi. Sudahlah Amir gagal dihubungi, Isya pula tidak sudah-sudah mahu menyakitkan hatinya.


Jam di dinding dipandangnya. Setelah mengira perbezaan waktu Malaysia dan Dubai, Elia mula mencari nama Lutfi di dalam senarai panggilannya. Setelah nombor yang dicari ditemui, butang hijau di skrin ditekannya.


Nada dering berbunyi lima kali. Elia mengukir senyuman apabila talian bersambung.


“Hello,” Elia memulakan perbualan.


“Hello,” balas Lutfi.


“Bee, bila balik Malaysia?” Elia menyoal.


“Tak tahu lagi honey, why?”


“Agak-agak bila?”


“ Soon,” balas Lutfi.


“ Ye, soon tu bila?” Suara Elia sudah naik satu oktaf. Geram kerana Lutfi tidak mahu memberi jawapan yang spesifik pada pertanyaannya.


Lutfi mengeluh.”Kenapa you nak marah-marah I ni?” Lutfi pula menyoal. Rasa panas telinganya apabila tiba-tiba nada suara Elia berubah.


Elia mengeluh, “No, I just tanya.” Sengaja Elia melembutkan suaranya.


“ Agak-agak bila flight you touch down?” tambah Elia. Lembut dia bertanya.


“ I balik cuti dalam next month, I dapat cuti sebulan,” balas Lutfi.


“Really?” suara Elia berubah menjadi ceria.


“Yupp, why?” giliran Lutfi pula menyoal.


“Erm, jom kahwin!” pujuk Elia.


“Hah?” Lutfi seakan-akan terkejut.


“Yupp, jom kahwin,” ulang Elia.


“ Ergh, are you sure Elia?” Lutfi menyoal.


“Sure, jom kahwin!” ulang Elia lagi.


Lutfi dihujung talian sudah mengeluh. Permintaan Elia sungguh drastik, tak mampu dicerna akal fikirannya.


“Honey, bukan I tak nak kahwin dengan you, tapi kitakan jauh… I tak suka perkahwinan jarak jauh ni,” ucap Lutfi memujuk.


“Ala, I boleh berhenti kerja dan tinggal sama-sama dengan you dekat sana!” Elia masih tidak berhenti memujuk.


“But,” Lutfi mengeluh lagi.


“But what? You tak sayang I ke?” suara Elia semakin lembut memujuk.


“ Erm, permintaan you ni drastik sangat! Kahwin ini bukannya benda mudah, kena rancang awal-awal, apa pula orang kata kalau tengok kita kahwin tergesa-gesa macam ni,” Lutfi pula memujuk. Sungguh Lutfi tidak langsung terfikir mahu mengahwini Elia dalam masa terdekat ini. 


“Please sayang, I janji akan cintakan you sepenuh hati I, tak akan ada orang lain lagi dalam hati I, please…” Pujuk Elia lagi.


“You ni kenapa honey? Sebelum ni I ajak you kahwin, you tak nak, sekarang you pula beriya-iya ajak I kahwin!” Nada suara Lutfi sudah bernada curiga.


“ No! I tak maksudkan apa-apa, I cuma tak nak duduk jauh dari you, I sunyi. Tadi I baru je lepas gaduh dengan Isya, ada je benda dia tak puas hati dengan I!” Elia seakan mengadu.


“Mesti ada sebab kenapa dia cari gaduh dengan you ni, you ada buat salah ke?” ayat Lutfi masih lagi bernada curiga.


“ Eh, bukanlah! Dia tu jeleous tengok I couple dengan you, boyfriend diakan biasa-biasa je,” Sengaja Elia mencipta alasan, bimbang Lutfi menghidu sikap buruknya di belakang Lutfi.


“You keluar dengan lelaki lain ke?” Lutfi sengaja serkap jarang.


“Mana ada, I setia dengan youlah!” ucap Elia berbohong.


“Yelah, Kalau dengan Amir you boleh curang, tak mustahil dengan I pun you akan buat benda yang samakan?” ucap Lutfi sinis.


Elia sudah angkat kening sebelah tanda tidak puas hati. “Kenapa you nak bangkitkan soal lama tu?” balas Elia dalam nada geram.


“Salah ke?”


“yes!” balas Elia kasar. Bibir sudah diketap geram.


“Well, whatever! Later I call you back, I tengah kerja ni,” balas Lutfi malas.


Klik,


Talian diputuskan oleh Lutfi. Elia mendegus kasar. Belum sempat dia menyusun ayat untuk membela diri, talian sudah diputuskan.


“Argghhhhhhhhhhh!!!” jerit Elia melepaskan geram. I-phone itu dicampaknya ke hujung katil. Tindakan Lutfi memutuskan talian sebentar tadi membuatkan Elia rasa terhina dan rasa diperbodohkan.


Elia menghempaskan diri di tengah katil. Sebiji bantal dicapai dan diletakkan di atas muka bagi menghalang cahaya terbias ke wajahnya.

Suasana petang minggu itu suram bagi Elia. Amir hilang entah ke mana, Lutfi pula tidak habis-habis sibuk dengan kerjanya di Dubai.


Elia buntu, terdetik sedikit penyesalan di hatinya kerana meninggalkan Amir lalu memilih Lutfi. Namun jauh di sudut hati Elia, dia lebih mencintai Lutfi yang punya segala-galanya berbanding dengan Amir yang hidup secara sederhana. Lelaki seperti Lutfi yang punya harta sendiri dan lahir dari keturunan kerabat memang menjadi kegilaan dan buruan gadis-gadis yang mengimpikan hidup senang, begitu juga dengan Elia, apa sahaja sanggup dia korbankan demi memiliki lelaki bernama Lutfi itu.


Elia senyum sendiri, bantal yang diletakkan di muka di tolak kasar. I-phone di hujung katil dicapai, satu persatu nama di dalam senarai nombor telefon dibacanya. Pencarian Elia terhenti apabila matanya tertancap pada satu nama yang cukup dikenalinya. Butang hijau di skrin ditekan, talian bersambung.


Hello baby, I miss you.. you datang ambil I dekat rumah, I tunggu.”


Klik,


Talian dimatikan, Elia senyum sendiri. Pada masa-masa tertentu, Wazi adalah teman tapi mesranya, jika Lutfi bertugas keluar negara, pada Wazi tempat Elia menumpang kasih dan bermanja. Ternyata, Elia lebih ligat memasang spare tyre, walaupun Elia telah memberikan seluruh cintanya pada Lutfi, namun kejauhan membuatkan Elia inginkan seseorang yang mampu berada di sisinya setiap masa. Elia gadis yang tidak boleh hidup tanpa lelaki, pada Elia keluar berseorang tanpa seorang lelaki yang menemaninya terasa sangat canggung, Elia mahu dilayan seperti seorang puteri, dimanja dan disayangi sepanjang masa. 


Perhubungannya dengan Wazi juga sukar dihidu oleh sesiapa. Elia mula mengenal Wazi dari laman sosial beberapa tahun dulu ketika masih lagi bersama Amir. Kesibukan Amir membuatkan Elia mencari seseorang yang mampu memberikannya kebahagiaan. Dan di dalam pencarian itu, Lutfi telah berjaya mencuri hatinya. 


Walaupun sudah menjalinkan cinta bersama Lutfi, namun Elia masih lagi tidak memutuskan perhubungannya dengan Wazi. Samaada Elia mahupun Wazi, mereka sama-sama menyimpan rahsia perhubungan terlarang antara mereka.


Namun, tanpa Elia sedar sebenarnya gerak-gerinya sedang diperhatikan, permainan yang diciptanya mungkin akan memakan dirinya sendiri.

------------------------------------------------------------
Salam, hye! selamat membaca.. minta tolong tinggalkan komen dan suggestion untuk bab bab seterusnya ye.. terima kasih sudi baca :)

8 comments:

  1. STORY about Elia....awesome....
    watak elia memang jadi sangat....tapi lutfi tu ala sadis sama macam elia


    next please...heeeee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ergh.. thanks Jue.. hehehe, ok, next chapter kita cite pasal lutfi pulak ye.. :)

      Delete
    2. Bagus ada watak lain. Memang dlm masyarakat ada manusia mcm elia. Tapi miss la si nami dan si amir. Penantian satu penyiksaan. Jgn siksa kami lama2 ya cyda

      Delete
    3. Terima Kasih kak Ummu umar sebab sudi membaca, insyaAllah, kisah Amir dan Nami akan cuba saya siapkan weekend ni :)

      Delete
  2. bila baca je terus anna rasa berkobar2 nak jadi penulis novel..hihihiihh

    ReplyDelete
  3. urmm.. kunjungan perdana ke sini.. br sempat baca Encik separuh jiwa 15.. insya'Allah nnt akan kembali lg membaca yg lain.. gud luck Cyda^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum syida, eeeuwwww geli la elia dgn wazi ni. campak masuk laut la. ahahhaha

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)