Tuesday, 16 April 2013

Encik Separuh Jiwa 14





NAMI khusyuk memandang ombak yang memukul pantai. Ingatannya kembali kepada Rizal. Hakikatnya, Nami tidak mampu untuk membuang jauh nama Rizal dari ingatannya. Benar kata orang, cinta pertama walau pahit, walau pedih tapi payah untuk dilupakan.


“ Jauh termenung, ingat orang tersayang ke?” Nami memandang pada yang menegur. Dahi dikerutkan.


“ Suka hatilah!” balas Nami malas. Matanya masih memaku kepada ombak yng memukul pantai. Amir yang berdiri berdekatannya sudah senyum segaris.


“ Tak baik sombong-sombong, nanti tak laku!” ucap Amir. Nami sudah memeluk tubuh di kerusi batu yang diduduknya.


“ So, Ada masalah dengan kau ke?” Nami membalas sinis.


“ Tak ada apa-apa, tapi aku tak suka tengok muka masalah kau tu! Muka kau tu macam nak bagitahu satu dunia bahawa kau je lah yang ada masalah,” Amir sudah mengambil tempat di sebelah Nami. Nami angkat kening sebelah tanda tidak puas hati.


“ Sebenarnya, masalah tu mematangkan kita, dari masalah tu kita dapat pengalaman, dari pengalaman tu kita dapat pengajaran agar esok-esok kita tak tersalah langkah lagi. Pepatah ada menyebut, pengalaman adalah cikgu paling jujur dalam dunia. So, chill lah! Aku tahu, kau ni sebenarnya gadis yang ceria, tapi disebabkan kau terlalu memikirkan masalah kau yang entah apa-apa tu yang buatkan kau lupa pada keceriaan kau!” ucap Amir panjang lebar. Nami kerut kening lagi. Tak pasal-pasal Nami dapat ceramah motivasi free!


“ Hai, saya Amirul Nadzmi, Selamat berkenalan, nama awak?” ucap Amir lagi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Nami.


Nami sudah mencerlung memandang Amir. Perasaan menyampah dan geram bersilih ganti.


“None of your business!” ucap Nami geram. Nami bangun dari kerusi batu yang didudukinya.


“Toksah ego sangat kak,” Balas Amir ketika Nami mula bergerak meninggalkannya. Amir senyum sendiri mengingati segala nasihatnya kepada Nami tadi. Amir teringatkan Elia. Betapa Amir seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan hidup Amir sendiri penuh dengan masalahnya dengan Elia!


“ Aduhhh!” jerit satu suara. Amir menoleh. Amir bangun dari kerusi dan berlari ke arah gadis yang sedang memegang kaki kanannya itu.


“ Ergh, kau okey?” soal Amir pada gadis itu. Gadis itu hanya membisu.


“ Namira Rasyifah, aku cakap dengan kau ni, kau ingat aku cakap denga pokok kelapa sebelah kau ni ke?” ucap Amir. Geram rasanya melihatkan Nami yang masih membisu.


“ Sakit,” ucap Nami perlahan sambil memegang kaki kanannya.


“ Sakit sangat ke?” soal Amir tiada perasaan. Nami angguk perlahan. Air matanya sudah bertakung.


“ Aku hantar kau ke bilik ye!” Amir cuba memegang tangan Nami. Namun tangan Nami lebih cepat menepis tangan Amir.


“ Laa, aku nak tolong papah kau je lah!” tambah Amir.


“ Aku boleh bangun sendiri!” balas Nami ego.


“ Okey, bangunlah!” Amir mencabar. Nami cuba bangun tapi gagal. 


“ Kan, aku dah kata aku nak tolong, kau degil!” Amir cuba mengangkat tubuh Nami. Nami menolak kuat tubuh Amir menjauhinya.


“ Kau ni degil sangat kenapa? Tak kan aku nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat tepi pantai ni? Dah nak manghrib ni!” Suara Amir naik satu oktaf. Geram. Nami cuma memandang Amir kosong.


“ Degil!” ucap Amir. Amir cuba sekali lagi mengangkat tubuh Nami. Perlakuan Amir di biarkan sahaja oleh Nami. Tak kuasa lagi dia mahu membantah apabila mengenangkan kakinya yang sudah semakin sakit.


“ Itulah sombong lagi dengan aku. Hari tu kau pijak kaki aku guna kaki kanan ni, tengok sekarang di sebabkan kaki kanan kau ni, aku tolong kau… lepas ni jangan nak sombong sangat, jangan nak ego sangat, melainkan kalau kau pilih nak merangkak balik ke bilik kau,” Nami hanya membisu mendengarkan Amir berleter.


“ Aku tahu, aku salah sebab aku kutuk kau macam-macam, maaf okey!” tambah Amir. Nami masih membisu. Hanya air matanya sahaja yang mengalir.


“ Kau menangis?” mata Amir memandang tepat ke mata Nami di pangkuannya.


“ Sakit,” ucap Nami perlahan. Air mata yang mengalir dikesatnya cepat menggunakan hujung tudung yang dipakai. Entah mengapa, Nami teringatkan Rizal. Sepanjang mengenali Rizal, tidak pernah sekalipun Rizal menunjukkan sikap caringnya kepada Nami. Berlainan sungguh dengan lelaki di depannya sekarang ini. Walaupun Nami tidak mengenalinya, tapi Nami merasakan terlalu dekat dengan lelaki itu. Wajah Amir dipandangnya lama, cuba mengecam wajah seseorang. Nami merasakan pernah bertemu Amir tapi tidak pasti bila dan di mana.


“ Okey dah sampai.” Amir meletakkan Nami di kerusi di hadapan chalet Nami.


“ Bagi kunci,” Amir sudah menghulurkan tangannya pada Nami. 


Nami geleng kepala. “ Tak apa, saya boleh buat sendiri,”


“ Jangan degil, boleh tak?” Amir merampas kunci pintu chalet dari genggaman Nami lalu bergerak membuka pintu utama. 


“ Kau boleh masuk, pukul lapan malam nanti aku datang ambil kau… kita pergi dinner sama-sama.” Kunci itu di letakkan di meja yang berhadapan dengan Nami. Nami sudah mengeluh berat mendengarkan arahan Amir.


“ Diktator!” balas Nami. 


Amir senyum menyenget. “Apa-apa je lah!” balas Amir kuat.


“ Ingat, pukul lapan malam tau!” ucap Amir lagi sambil berjalan mendekati chaletnya.


“ Amirul Nadzmi, terima kasih!” jerit Nami.


“ Ha? Apa? Aku tak dengar!” sengaja Amir mengundang kemarahan Nami.


“ Aku cakap, terima kasih dan aku minta maaf!” ucap Nami separuh geram. Amir yang sudah membuka pintu bilik chaletnya hanya tersenyum. Hatinya tiba-tiba berbunga mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Nami.


*****

Amir memandang Nami yang sedang menggaul-gaul malas nasi di dalam pinggannya. Lagak Nami seakan-akan sedang memikirkan masalah dunia yang tiada jalan penyelesaiannya. 


“ Kau ni kenapa?” soal Amir pada Nami. Kebisuan Nami menghantar kerisauan ke hati Amir. Entah mengapa, Amir merasakan hatinya terlalu dekat dengan Nami saat ini.


“ Okey je, aku okey!” balas Nami, masih cuba berahsia.


“Cerita je lah pada aku… aku tahu kau ada masalah ni, just share dengan aku, lagipun aku bukannya kenal kau pun. Kalau kau cerita dengan aku, tak ada efek apa-apa pun pada kau,” Baki nasi di dalam pinggan Amir sudukan ke mulut.


Nami sudah mengeluh. Lelaki di hadapannya itu dipandang tajam. 


“Susah aku nak share cerita dengan orang yang aku tak kenal ni,” balas Nami.


“Erm, kalau macam tu… jom kita berkenalan. Nama aku Amirul Nadzmi, umur dua puluh sembilan, masih single dan avalailable!” perkataan avalailable itu sengaja ditekannya sedikit.


“Nama aku Namira Rasyifah, panggil aku Nami je!” balas Nami ringkas. Senyuman diukir.


“Itu je?” soal Amir. Nami angguk kepala.


“Okeylah dari tak nak bercakap langsung dengan aku,” Amir mengalah.


“Kau datang sini buat apa?” Amir memulakan perbualan.


“Saja tenangkan fikiran, kau pulak buat apa dekat sini?” soal Nami pula.


“Aku melawat tapak projek, sambil-sambil tu aku dipaksa bercuti jugak. Aku pelik, kenapa kau datang bercuti seorang-seorang ye?” ucap Amir. Kening sudah diangkatnya sebelah.


Nami mengeluh lagi. “Sebab aku nak tenangkan fikiranlah!” balasnya ringkas.


“Kau frust sebab pak we kau lari eh?” sengaja Amir menduga. Kini giliran Nami pula angkat kening sebelah. Pertanyaan Amir hanya dibiarkan tidak berjawapan.


“Kalau dah diam tu maknanya betullah tu!” tambah Amir lagi. Nami sudah mencerlung memandang Amir. Geram pula rasa hatinya mendengarkan kata-kata Amir yang sudah seakan-akan menyindir itu.


“Lelaki memang macam ni eh? Tak ada sensitiviti dalam bercakap ye?” ucap Nami geram.

Amir yang sedang mengunyah makanan menghentikan suapannya. Kata-kata Nami seakan mengandungi satu hukuman yang berat.


“Maksud kau?”


“Lelaki ni bila bercakap tak tahu nak jaga hati perempuan ye? Ikut suka tekak je nak bercakap!” ucap Nami geram.


“Pulak! Hello Namira, rilekslah… tak akanlah cakap macam tu pun kau nak touching, tak semua lelaki sama, tak semua lelaki itu sifatnya menyakitkan perasaan wanita, tengok macam aku ni, sudahlah baik hati, comel pula tu!” ucap Amir sengaja memancing perhatian Nami.


Nami mengeluh halus.


“Mak aku cakap tak elok mengeluh!” balas Amir.


“Whatever! Kau ingat mak aku tak cakap?” balas Nami pula.


“Baguslah kalau mak kau ada cakap,” Amir sudah mengukir senyuman.


“Aku suka cakap dengan kau, bila aku serang, kau mesti ada hujah untuk membalas kata-kata aku. Tapi, kalau kau jadi staff aku, sure KPI kau aku bagi teruk-teruk sebab kau ni suka menjawab!” Amir sengaja bergurau, mahu mengwujudkan kemesraan antara mereka.


“Kalau macam tu, sampai bila-bila pun aku tak teringin nak jadi staff kau!” balas Nami separuh marah. Muncung sudah ditariknya.


“Dah macam muncung platypus aku tengok!” balas Amir dalam tawa yang cuba disembunyikannya.


Melihatkan Amir yang ketawa, Nami juga ikut ketawa sama.


“Berbalik pada soalan aku tadi, kau datang sini sebab frust dengan pakwe kau ye?” pertanyaan Amir bertukar serius.


Wajah Amir dipandang lama oleh Nami. “Haah,” balas Nami pendek.


Amir angguk perlahan. “Kenapa?” soal Amir lagi.


“Sebab dia ada perempuan lain,” ucap Nami.


“Oh, rilekslah… baru pakwe, belum tunang lagi!”


Nami mengerutkan kening melihatkan tiada simpati pada wajah lelaki di depannya.


“Actually, kami dah kenal dua belas tahun, lagi beberapa bulan sepatutnya kami bertunang. Entah dekat mana silapnya, last week dia minta putus sebab tak cintakan aku katanya,” lancar Nami bercerita.


“Oh, ye ke…” Amir kehilangan kata-kata.


“Family kau cakap apa?” tambah Amir.


“Family aku tak tahu lagi, aku ke sini sebab nak cari ketenanganlah ni, nak mencari kekuatan untuk bagitahu pada family aku. Sedih pula rasanya sebab semua persiapan dah dibuat.”


“Macam tu, kau bertunang denga aku je lah! Okey?” ucap Amir.Kening sudah diangkat double, senyuman diukir.


“ Kau gila? Aku bukannya kenal kau!” bulat mata Nami memandang Amir.


“Aku offer ni,” tambah Amir.


“Gila!”


“Tapi boleh diterimakan?”


“Tak masuk akal!” ucap Nami.


“Tapi masih boleh dipertimbangkan, betul tak?” Amir masih menduga.


Nami sudah menggaru-garu kening kirinya. Kata-kata Amir itu memang tidak masuk akal. Wajah Amir didepannya dipandang lama. Amir hanya tersenyum memandang Nami.


“Senyum-seyum, Kena lempang nak?” soal Nami.


“Dah pernah kena pun!” balas Amir dalam senyuman. 


Nami mengeluh lagi. “Main-main ye,” ucap Nami.


“ Ikhlas ni,” ucap Amir.


“Gila!” balas Nami.

_______________________________________

** Kawan-kawan pembaca, minta tolong komen dan bagi suggestion untuk bab seterusnya ye.. Terima Kasih sudi membaca :)

10 comments:

  1. Thanks for the story. Ni suggestion aje... Kalau boleh avoid skin contact bukan mahram. Kalau tak perlu mcm bersalam tu.... Tak payah la. Idea unt cerita seterusnya. adakan suasana ibu amir jumpa nami dekat rumah dani ke atau kat mana2 bukan dgn amir. Lepas tu buat senario bg ibu dia berkenan lebih berbanding dgn elia. Lagi kuatkan semangat si amir unt persue nami. Nami pulak berbaik dgn ibu amir tapi tak tahu pun itu ibu amir. Biar ibu tu tahu yg nami mmg ikhlas dan baik. Depan amir ja ganas sikit. Amir pulak... Biar la tunjuk ciri2 suami yg boleh memimpin isteri dan melindungi. Tapi ciri ni tak ditunjuk direct pd nami. Cth jawab telefon mak dia ke dsb.... Ni cdgn je. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  2. @ummu umar terima kasih atas advisenya, insyaAllah akan cuba saya perbaiki di masa akan datang, terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Seriously Amir memang betul2 gila.... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. thanks ye atiza sudi baca :)

      Delete
  4. amboi amir direct terus ajak bertunang?ingat ni ajak ayam makan dedak ke? cuba pikat dululah hati si nami tu masa kat pulau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe :)
      Terima kasih sebab baca ye cik Anon :)

      Delete
  5. Salam. Br abis marathon baca n3 1 hgg 14...mmg best cite ni. Lain dr yg lain. Tp nape n3 15 x leh open ya. Tgh sodap2 baca tetiba ter stop la plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. fara, hehehe.. sori.. sebenarnya saya baru update sampai bab 14, sekarang tengah taip bab 15, sorry.. :)

      Delete
    2. Lor..ye ke??? Sorry 10x. Ingatkan dh ada sbb nombor dh ada. Tak pe...sy akan menanti dgn penuh sabar. Suka ngan sume characters dlm cite ni....sabar...sabar...

      Delete
  6. Assalamualaikum syida. aduii bestnya. depa dah berkenalan. heheheh

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)