Tuesday, 9 April 2013

Encik Separuh Jiwa 13




DANI sudah senyum simpul apabila menerima SMS daripada Amir. Ada kegembiraan dalam kata-kata SMS Amir.

“ Apa senyum-senyum ni?” tegur Syikin. Isteri Dani.

“ Amir, Amir dah jumpa cinta barunya.” Balas Dani ringkas. 

“ Really? Siapa?” soal Syikin teruja. Syikin adalah sepupu Amir. Perkenalan antara Syikin dan Dani juga disebabkan oleh Amir. Tidak sangka jodoh mereka panjang. Dani sangat berterima kasih dengan Amir kerana sudi mengenalkan Syikin padanya empat tahun lepas, pertemuan mereka di tangga Universiti Malaya itu akhirnya membawa mereka berdua ke jinjang pelamin hujung tahun lalu. Kini Syikin sudah berbadan dua, kandungannya sudah mencecah enam bulan. Syikin sebaya dengan Amir dan Dani, sudah bekerja di Telekom Malaysia. Bulan lepas sahaja Syikin baru tamat pengajiannya dalam Master in Telecommunication.

“ Cuba sayang teka dengan siapa,” Dani sudah angkat kening. Senyuman diukirnya.

“ Entah, mana Syikin tahu. Abang yang dengan dia selalu, bukan syikin.” Syikin sudah memuncungkan mulutnya. Malas mahu meneka.

“ Tekalah,” Dani merayu.

“Erm, dengan Elia kot!” balas Syikin malas. Dani geleng kepala.

“ Habis tu dengan siapa?” soal Syikin.

“ Sayang mesti tak percaya kalau abang cakap ni,” Dani sengaja mahu bermain teka-teki.

“ Dengan siapa?” Soal Syikin. Bibir sudah diketapnya. Geram!

“ Erm… rahsia!” jawab Dani. Satu cubitan hinggap di lengan Dani.

“ Cakaplah dengan siapa!” ucap Syikin.

“ Adoi! Sepit ketam, sakitnya!” 

“ Tau sakit, cakap cepat!” ucap Syikin.

“ Dengan Nami,” jawab Dani girang.

“ Hah? Namira Rasyifah?” Soal Syikin tidak percaya.

“ Really?” tambah Syikin. Dani angguk laju-laju.

“ See, see.. sayang pun tak boleh terimakan?” ucap Dani.

“ Bila diorang kenal? Abang kenalkan ke?” tanya Syikin. Dani geleng kepala.

“ Macam ni ceritanya,” Dani sudah membetulkan duduk. Syikin yang duduk sebelahnya di pandang.

“ Last week, kereta Amir tak ada minyak. Dia naik LRT, kebetulan dia jumpa dengan Nami dekat LRT, Nami terlanggar dia. Bisinglah mulut Amir bila Nami tak minta maaf, Nami sakit hati Nami tumbuklah perut Amir,” Syikin sudah tergelak mendengarkan cerita Dani.

“ Dalam LRT, mereka gaduh lagi sebab berebutkan kerusi… Nami lempang Amir lagi,” Syikin sudah menutup mulutnya. Kelakar!

“Masa dekat KL sentral, mereka berjumpa lagi. Amir paksa Nami minta maaf. Nami tak nak, Nami pijak kaki Amir, lepas tu lari. Pada masa yang sama Amir sempat ambil novel Nami. So, ada win win situation dekat situ.” Ucap Dani.

“ Lepas tu?” soal Syikin semakin berminat.

“Dalam novel tu ada kad nama Nami, Apalagi, galaklah Amir mengacau, mereka gaduh dalam telefon lagi.”

“ Lagi?” Syikin makin tidak sabar.

“ Dua hari lepas, Amir terlanggar belakang kereta Nami dekat lampu isyarat. Masa tu Amir cakap dia tiba-tiba terjatuh hati pada Nami,” jawab Dani.

“ Sweetnya, lepas tu?”

“ Abang arrangekan Amir ke Pangkor melawat site. Dalam masa yang sama abang minta Nami pergi bercuti ke Pangkor juga. Abang tempah chalet mereka sebelah-sebelah, abang cakap pada Nami, abang tak dapat nak pergi Pangkor dan pihak hotel tak bagi abang refund duit bayaran hotel. Nami setuju… so proceed! Now mereka berdua sedang berada di Teluk Dalam Resort, chalet sebelah sebelah seperti yang di rancang,” cerita Dani gembira.

“ Sweet, abang nak jodohkan Nami dan Amir?” Soal Syikin. Dani angguk kepala.

“ Reez? Bukan Nami nak bertunang dengan Reez ke?” Soal Syikin lagi.

“ Nami dan putus dengan Reez. Reez tinggalkan Nami sebab perempuan lain,” balas Dani.

“ Pulak!” Syikin terkejut. Dani angguk kepala.

“ Macam-macam, tapi cerita pertemuan Nami dan Amir tu sweet macam dalam novelkan?” Syikin sudah mula mengukir senyuman. Dani angguk laju-laju.

“ Semoga kali ini mereka saling berjodohan,” ucap Syikin lagi.

“ Tu laa pasal, seorang yang di tinggalkan oleh tunang, seorang lagi dtinggalkan oleh bakal tunang, dah macam cerita novel!” balas Dani. Mereka sama-sama ketawa mengingati perihal kisah cinta Nami dan Amir.
****

“ Hello,” Dani memulakan perbualan. Pada Dani, dia perlu lebih tahu berkenaan punca Rizal berubah tiba-tiba.

“ Abang Dani sihat?”lembut Rizal membalas. Sedar akan tujuan Dani menghubunginya.

“ Aku okey, kau je yang aku rasa tak okey.” Sinis kata-kata Dani.

“ Saya okey bang,” Rizal cuba mengawal intonasi suaranya.

“ Lunch nanti jumpa aku dekat Restoran Tupai-Tupai. Aku tunggu!”

Klik.

Tanpa sempat Rizal membalas, panggilan terus Dani matikan. Geram rasa hantinya bila mengenangkan perihal Rizal dan Nami. Jam di pergelangan tangan di jeling sedikit. Jarum jam sudah terarah ke angka dua belas tengahari. 

Pagi tadi, Dani baru sahaja selesai melawat site di Brickfield. Kebetulan site yang di lawatnya itu berhampiran dengan pejabat Rizal, makanya Dani ambil keputusan untuk bertemu sendiri empat mata dengan Rizal.

Suzuki Swift milik Dani bergerak membelah lebuh raya. Dani memberikan signal untuk memasuki lorong paling kiri untuk masuk ke jalan Istana. Waktu tengahari begini, orang ramai sudah mula memenuhi kedai makan. Begitu juga keadaannya di Restoran Tupai-Tupai. Ketika Dani sampai, beberapa buah kereta telah mula memenuhi ruang parking di Restoran itu.

Dani meletakkan keretanya di bawah pokok berhampiran pintu pagar. Kemudian, Dani bergerak masuk ke dalam restoran. Dani ambil tempat yang berdekatan pintu masuk. Mudah bagi Rizal unuk mencarinya nanti.

“Nak minum apa Encik,” Seorang wanita membawa menu di tangan. Menu itu di letakkan di hadapan Dani.

“ Bagi saya fresh orange.” Ucap Dani. Wanita itu angguk.

“Makan?” soal wanita itu pula’.

“Kejap lagi, I tunggu kawan.” Balas Dani sopan. Wanita itu tunduk sedikit tanda hormat. Kemudian wanita itu berlalu masuk ke ruangan dapur. Beberapa minit kemudian, wanita itu kembali semula ke meja Dani membawa segelas fresh orange. Oleh kerana cuaca tengahari yang panas, Dani menghirup cepat fresh orange yang terhidang.

“Alhamdulillah,” ucap Dani ketika air sejuk itu melalui kerongkongnya.

Dani membuang pandangannya kepada pintu masuk restoran, sesekali jari-jemarinya mengetuk-ngetuk perlahan permukaan meja kerana kebosanan.

Dani melihat jam di tangannya dua tiga kali. Sudah hampir setengah jam Dani menanti, kelibat Rizal masih juga tidak kunjung tiba. Setahu Dani, Rizal kini telah menggunakan motorsikal Yamaha FZ150i untuk berulang-alik ke tempat kerja. Makanya, agak mustahil jika kesesakan lalu-lintas di jadikan alasan untuk Rizal lambat.

Dani sudah mengeluh kasar. Handfone di tangan sudah di genggam kuat. Geram!

“ Assallammualaikum,” ucap satu suara. Dani angkat muka.

“Waalaikumsalam, duduklah!” balas Dani. Rizal yang berdiri di hadapan meja terus menarik kerusi berhadapan dengan Dani dan duduk. Seorang wanita datang membawa menu untuk mereka berdua.
“ Bagi saya Nasi goreng seafood,” Ucap Dani.

“ Saya nak fresh orange dan Nasi goreng Kampung,” ucap Rizal. Wanita itu mengambil semula menu di atas meja mereka.

Setelah wanita itu berlalu meninggalkan meja, fokus Dani kini terarah kembali kepada Rizal. Rizal hanya mengukir senyuman melihatkan riak wajah Dani yang sudah mula serius itu.

“ Apa masalah sebenarnya antara kau dan Nami?” Soal Dani. 

“ Tak ada apa-apa,” balas Rizal tidak bersalah.

“ Mana boleh tak ada apa-apa, aku kenal kau bukan sehari dua Reez. Aku kenal kau dari zaman sekolah menengah lagi.”

“Betul tak ada apa-apa abang,” perlahan suara Rizal.

“ Kenapa kau putuskan hubungan dengan Nami? Kenapa tak cakap sebelum ni? Kenapa kau ajak Nami bertunang, bila dia dah beriya-iya, kau pulak buat tak faham,” tegas soalan Dani.

Rizal mengeluh. Kepalanya dipicit perlahan. “ Saya tak cintakan Nami,” ucap Rizal berani.

“ Tak cinta? Macammana boleh ajak dia bertunang pulak?” Dani masih memanah soalan.

“ Lepas saya dah suarakan hasrat saya, baru saya perasan sebenarnya saya cuma anggap Nami 
sebagai kawan biasa. Saya tak cintakan dia.” Ucap Rizal. Tak mampu rasanya mahu memandang wajah Dani di hadapannya.

Dani sudah senyum sinis. “ Tak logik! kau bukan baru kenal Nami, korang dah berkawan dari zaman sekolah. Kalau kau baru kenal dia dua bulan , aku masih boleh terima Reez.. ini dua belas tahun korang dah kenal.. sama-sama sekolah tadika pulak tu. Impossible!” Dani sudah menggeleng kepala. Rizal hanya tunduk memandang permukaan meja. Tidak sanggup rasanya mahu bersuara.

“Kau dah terpikat dengan perempuan lainkan?” Tambah Dani sinis. Rizal angguk perlahan.

“ Excuse me sir, yours meal..” ucap seorang pelayan lelaki. Dua pinggan nasi goreng dan segelas fresh orange di letakkan di atas meja.

“ Thanks!” Ucap Dani. Pelayan itu mengangguk dan berlalu meninggalkan mereka.
Dani masih memaku memandang Rizal. Rizal hanya membisu. Sengaja memfokuskan perhatiannya pada nasi goreng di dalam pinggan.

“Jemput makan,” ucap Dani apabila Rizal masih mengeras di tempat duduknya. Rizal mengukir senyuman plastik.

“Berapa lama kau kenal perempuan tu?” soal Dani.

Rizal angkat kening mendengarkan pertanyaan Dani. Kelu.

“Rilekslah! Aku tanya je, itu hak kau untuk memilih sesiapa, kalau kau rasa Namira tu tak cukup baik, kau berhak untuk memilih perempuan lain yang kau rasakan lebih layak, hidup inikan atas pilihan sendiri!” sengaja Dani memasang umpan.

Senyum Rizal ukirkan. Masih teragak-agak untuk bercerita.

“ Ceritalah, akupun nak tahu jugak,” ucap Dani. Sesudu nasi goreng sudah di suapkannya ke mulut.

“ Dua bulan,” ucap Rizal ringkas.

“ Ohh.. mesti dia cantikkan!” Soal Dani. Rizal mengukir senyuman.

“ Satu tempat kerja?” tambah Dani. 

Rizal angguk kepala. “ Assistant saya,” ucap Rizal.

“ Patutlah, ini bukan cinta pandang pertama, ini namanya cinta pandang hari-hari. Hari-hari pandang lepas tu jatuh hati.” Dani sudah tergelak besar, mentertawakan kisah cinta baru milik Rizal. Rizal senyum segaris.

“ Tapi, aku cukup tak sangka kau boleh tinggalkan Namira yang kau kenal selama dua belas tahun itu demi seorang perempuan yang baru kau kenal selama dua bulan. Impossible bagi aku!” Dani sudah geleng kepala. Wajahnya bertukar serius. Rizal hanya senyum segaris. 

“ Suatu hari, bila kau tersedar yang rupanya Namira tu lagi baik dari girlfriend baru kau, apa yang kau akan buat agaknya? Cuba belajar memikat semula hati Nami? Atau kau akan memaksa wanita itu menjadi seperti Nami? Reez, listen here, hidup ini macam roda, hari ini kau sakitkan hati Nami, esok lusa orang lain pula akan sakitkan hati kau. Pada aku, apa yang kau buat pada Nami tu tak patut, tapi aku tak kisah, once kau cakap kau dah jumpa cinta sejati kau, aku redha. Semoga Nami juga akan jumpa Encik Separuh jiwanya. Dan, bila dia dah jumpa seseorang yang menyayanginya, please.. please.. please jangan kau ganggu hidup dia lagi!”

Rizal termangu di tempat duduknya. Air liur yang di telan terasa berpasir.

“ I have to go, buat kali terakhir aku harap hari ini kau belanja aku makan ye!” sempat Dani melawak. Rizal angguk perlahan. Senyuman diukirnya pada Dani.

Sungguh, Rizal tiba-tiba jadi serba-salah.

_____________________________________

** kawan-kawan pembaca, please komen, bagi apa-apa suggestion.. untuk bab seterusnya.. :) 

Terima Kasih sudi membaca.. :)

8 comments:

  1. Salam. Very nice. Tapi jgnlah amir jatuh hati kerana nami punya dressing dah cantik. Tu superficial sgt tu. Satu lagi... Tak jumpa bab 12.... Mana dia?

    ReplyDelete
  2. ada a few thing boleh di perbaiki supaya lebih baik.
    1. Tak dijelaskan camna novel bertukar tgn
    2. Amir tak cerita pun pd dani pasal novel tu nami yg punya...jadi camna dani tahu
    3. Nami tak terperasan ke camna dani boleh tahu novel dia hilang????
    So kalau di perbaiki part-part tadi mesti lg best cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, okey.. mungkin cara saya cerita tak sampai, okey nanti saya perbetulkan balik.. Terima kasih :)

      Delete
    2. Sory nak mencelah sket. Rasanyer klu baca btul sume point diatas tuh dijelaskan oleh cik penulis dlm plot cite. Cuba cik anonymous baca smula...

      Delete
  3. Assalamualaikum. sedih ahh. kejam rizal.. tinggalkan awek demi perempuan yang baru kenal. ihateyou rizal T_____T"

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)