Sunday, 10 March 2013

Encik Separuh Jiwa 9



Nami menghantar kepulangan Angahnya dengan pandangan kosong. Lelaki bernama Dani Razi itu memang pelik. Datang bertandang sesuka hati, balik pula tanpa buah tangan. Dalam ketiga-tiga abangnya, Nami memang paling tak ngam dengan Dani. Macammana nak ngam kalau selalu jadi mangsa buli? Tapi, walau macammana pembulipun abangnya yang seorang itu, Nami sayang lebih pada Dani!

Ye, Dani suka buli Nami bersebab. Dani nak ajar Nami jadi kuat, bukan kuat dari segi fizikal sampai boleh tumbuk dan lempang orang sesuka hati! Tapi kuat dari segi mental. 

Pernah masa zaman kanak-kanak, ketika sedang main masak-masak dengan kawan-kawannya, Nami telah di tolak kuat hingga jatuh terkena bucu pasu. Saat itu Nami hanya berdiri kaku di situ. Tak berani nak melawan. Tak berani nak mengadu. 

Kebetulan, ketika kejadian itu Angahnya datang ke situ untuk memanggilnya pulang. Melihatkan darah yang mula mengalir dari kepala Nami, Angahnya naik berang. Seorang-seorang kawan Nami disoalnya. Tapi, seorangpun tak nak mengaku!

Hari itu juga, Nami dibawa ke hospital. Dapatlah hadiah lapan jahitan dari Tuan Doktor! Semenjak itu, Dani memang mengawal pergerakan Nami. Sekali Nami keluar semasa ketiadaannya, memang Nami sengaja menempa kemarahan abangnya yang seorang itu.

Sebenarnya, Nami ada tiga orang abang. Alongnya bernama Dani Reza, Angah pula Dani Razi, Achiknya pula Dani Rafee. Beza umur Nami dengan angahnya tujuh tahun. Mungkin sebab perbezaan angka yang banyak itu membuatkan Angahnya lebih bersifat melindungi.

“ Angah-angah.. datang semata-mata nak cakap pasal novel ke apa?” Nami sudah geleng kepala sendiri. Langkah di atur menuju ke arah lift. Langkah Nami terhenti. Air liur yang ditelan terasa tersekat di tekak.

“ Kejap, Angah cakap pasal novelkan tadi? Macammana Angah boleh tahu?” Nami garu tangan kirinya yang terasa gatal.

“ Pelik!” Samsung Galaxy Note di dalam poket seluar dikeluarkan. Nombor Dani di dailnya laju.

“ Hello,” panggilan bersambut.

“ Waalaikumsalam,” sinis jawapan Dani. Nami senyum sendiri. Perihatin sungguh abangnya ini!

“ Assallammualaikun Angah,” ucap Nami lembut.

“ Kenapa ni?”

“ Ergh, tadi Angah cakap pasal novel kulit hijaukan?” Soal Nami.

“ Hah? Mana ada!” Dani cuba menafikan kata-kata yang terlepas dari mulutnya tadi.

“ Ada!”

“ Tak ada!”

“ Adalah, Nami dengar!”

“ Tak adalah! Nami ni dah tak betul eh? Nak Angah daftarkan ke Hospital Bahagia ke?” Sindir Dani.

“ Apa Angah ni, Nami dengar apa Angah cakap tadi!” Nami sudah mula mencebik. Nasib dalam telefon, kalau tak buat malu je jadi bahan tawa Angahnya itu.

“ Suka hati Namilah,”

Klik,

Panggilan ditamatkan. Nami masuk ke dalam lift. Butang bernombor 7 ditekan. Abangnya yang seorang itu memang tak senang kalau tak sakitkan hati Nami. 

Nami mendegus kasar. Rasa kehilangan dan rasa marah silih berganti. Nami rindukan Rizal. Nami sangat berharap kata-kata Rizal semalam hanyalah mimpi. Nami menampar-nampar perlahan pipinya. Rasa sukar mahu menerima kenyataan!

Lift berhenti di tingkat tujuh. Nami keluar dari pintu lift, kaki diseret perlahan ke pintu rumah. Sampai di muka pintu, tombol pintu dipulasnya.

“ Assallammualaikum,” ucap Nami perlahan. Pintu itu dibuka luas-luas. Nami duduk di tepi pintu. Ingatannya melayang mengingati Rizal.

Mudah menjadi orang yang meninggalkan. Tiada rasa kecewa, tiada rasa sedih, malah tiada air mata, jauh sekali rasa bersalah!

Bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu boleh dileraikan, tapi kenapa Rizal boleh lupa pada janji-janjinya? Lupa pada kehidupan mereka yang semakin hari semakin sebati, Lupa pada segala perancangan masa depan yang telah mereka aturkan, lupa segala-galanya. Air mata Nami jatuh tiba-tiba.

“ Erm, ni nangis ingat pada duda dialah ni!” sergah Lily. Air mata yang jatuh Nami seka cepat. Lily ambil tempat sebelah Nami.

“ Mula-mula memang sakit, lama-lama mesti okey.. ternyata dia bukanlah sebelah jiwa kau, toksah nak emo-emo, chilllah! Entah-entah esok kau jumpa pengganti. Siapa tahu? Aku doakan kau dapat jumpa lelaki yang betul-betul baik dan ikhlas, insyaAllah.” Ucap Lily. Nami mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Nami.

“ Dah, jom masuk. Tak elok anak dara duduk depan pintu ni!” Lily sudah bangun dari duduknya. Tangan Nami ditarik kuat.

“ Sabarlah,” ucap Nami. Nami bangun juga dari duduknya kerana Lily tidak mahu melapaskan tangannya.

“ Dah, jangan nak emo-emo sangatlah!” balas Lily.

“ Mana boleh, hati aku sedihlah bila teringatkan dia.” Balas Nami.

“ Kalau kau sedih, cuba kau bayangkan dia tengah ketawa bahagia dengan perempuan tu. Dia cool je dah tinggalkan kau, kau pula nak nangis macam mati laki!” pedih kata-kata Lily itu. Nami buat tidak tahu. Langkah di atur laju ke bilik.

“ Laa, tak nak teman aku tengok cerita korea ke?”

Nami yang sudah sampai ke pintu bilik memandang Lily sekilas. “ Malas!” 

“ Suka hati kaulah Nami,” balas Lily. Bosan dengan sikap Nami yang terlebih emosi itu. Pintu bilik Nami tutup rapat. Tidak mahu diganggu. Punggung di henyakkannya di atas katil bercadar biru muda itu. Galaxy Note di tangan di buka. Gallery gambar dibuka. Satu-persatu gambar-gambarnya bersama Rizal ditatap. Reaksi wajah Rizal ditenungnya lama.

Semudah itukah Rizal beralih arah? Kenapa tidak dari dulu Nami perasankan perubahan sikap lelakii itu. Pedih sungguh perasaan itu. Air mata Nami jatuh lagi.

Galaxy Note itu berdering tiba-tiba. Satu panggilan menujah skrinnya. Nami kerut dahi.

“ Privated number lagi!” gerutu Nami. Panggilan itu Nami biarkan mati sendiri. Nami tersenyum. Baru sahaja Nami mahu meletakkan handfone itu di atas rak buku, sekali lagi deringan kedengaran. Antara mahu dan tidak, butang hijau di skrin ditekannya.

“ Assallammualaikum,” ucap Nami ramah.

“ Waalaikumsalam, eh! Aku silap dail nombor ke?” balas suara di hujung sana.

“ Jangan nak silap sangatlah! Kau ni siapa?”

“ Aku? akulah!” balas suara itu.

“ Gila!” jawab Nami.

“ Yang gila tu kau, aku normal. Orang gila je yang suka-suka nak belasah orang tak tentu pasal!”
Nami ketap bibir. Hatinya yang sememangnya panas, bertambah panas. Menggelegak beb!

“ Kau ni mamat baju pink tu kan?” duga Nami.

Tiada jawapan. Hanya ketawa kedengaran di hujung sana.

“ Woit! Pulang balik novel aku,”

“ Kalau aku cakap tak nak?”

“ Aku report polis, cakap kau buat gangguan pada aku.” Semakin galak suara di hujung sana ketawa.
 
“ Singa, nombor aku ni private. Aku punya sukalah nak kacau kau ke tak, siapa suruh kau cari masalah dengan aku? ergh.. apa nama kau, Namira Rasyifah?” ucap lelaki itu.

“ Hey! Pulangkan balik.” Ucap Nami.

“ Tak nak, selagi hati aku tak puas, aku akan kacau hidup kau sampai bila-bila. Peluang beb!”

“ Kau ni psyco!” balas Nami geram.

Masih ketawa di hujung sana yang menyakitkan telinga Nami.

“ Eh, kenapa dress-up kau macam mak cik – mak cik ye? Mak aku pun dress-up lagi cun dari kau,” pedas sindiran lelaki itu.

“ Suka hati akulah, kau bukan laki aku nak complain sangat!” 

“ Sakit mata aku tengoklah!”

“ Ada aku kisah?” balas Nami.

“ Mestilah kau kena kisah, sebab lepas ni aku akan kacau hidup kau selalu.”

“ Hoi orang gila! Kau ni memang gila ye? Harap muka je kacak, perangai nauzubillah!”

“ Kacak? Oh! Kau tergoda pada aku ye? Kalau kau tak tumbuk dan lempang aku tadi, mesti aku boleh consider sikit perasaan aku pada kau. Mungkin kau boleh jadi kekasih gelap aku ke. Ini tak, suka-suka hati kau je tumbuk dan lempang aku. Perangai kau lagi teruk, tak macam perempuan!” panjang kata-kata lelaki itu.

“ Pergh.. sentap dengar! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, jangan cakap tumbuk dan lempang kau, tolak kau atas rail LRT pun aku sanggup!” Jawab Nami tidak mahu kalah. Geram!

“ Ganas, I like!” balas lelaki itu bersahaja.

“ Gila!”

Klik,

Nami menamatkan panggilan. Geram. Sakit hati Nami, bila Nami sibuk fikirkan pasal Rizal, lelaki tu muncul, fikir pasal Rizal lagi, lelaki tu call. 

“Tolonglah! Jangan call aku lagi, jangan kacau lagi!” ucap Nami sendiri. Samsung Galaxy Note itu diletakkan di bawah bantal. Tak mahu layan lagi panggilan lelaki itu.

Tombol pintu di pulas kasar. “ Kau kenapa ni? sampai luar aku dengar suara kau!” ucap Lily.

“ Ni lagi seorang, please Lily, biar aku sendiri.” Lembut tapi tegas kata-kata Nami. Otaknya sudah tepu dengan pelbagai masalah yang datang tiba-tiba.

“ Okey, pintu ditutup kembali.
 
Serabut! Serabut!

________________
Bersambung***

2 comments:

  1. Wahh! ada bakat menulis! Tapi mcm lain je blog ni, ni kusus utk novel ke?

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)