Thursday, 7 March 2013

Encik Separuh Jiwa 8



“ Hoih! Kronik sungguh penyakit perempuan ni, sah ada masalah mental. Dalam telefon pun boleh marah-marah orang,” Amir geleng kepala dua tiga kali.

“ Apa yang kau membebel ni?” Dani di kerusi pemandu sudah memandang Amir pelik. Kawannya seorang ini boleh dikatakan senget juga. Mana tak senget. Sepatutnya Amir mengambil LRT untuk terus pulang ke rumah. Ini tak, Amir rela mengambil LRT untuk kembali ke pejabat kemudian meminta Dani menghantarnya pulang. Bukan kerja gila ke tu?

“ Aku kacau perempuan yang lempang aku pagi tadi.” Ucap Amir bangga.

“ Garang okey, lelaki malang manalah yang nak ambil dia jadi isteri,” Amir ketawa lagi ketika menuturkan kata-katanya.

“ Kau ni, cakap beragaklah sikit! Kesianlah pada dia,” Dani cuba memenangkan gadis yang tidak di kenalinya itu.

“ Kau menangkan dia? Hello! Kau tak kenal dia, tak jumpa lagi singa tu, bolehlah kau kesiankan dia, nanti dah jumpa mesti kau rasa menyesal gila jumpa dia!” Amir seolah-olah tidak setuju dengan kata-kata Dani.

“ Namira Rasyifah, aku akan tetap menghantui hidup kau!” Amir senyum menyenget.

“ Apa nama kau sebut tadi?” Dani seperti mengingati nama seseorang.

“ Namira Rasyifah Rasyidi,” ucap Amir. Dani angguk kepala perlahan. Erm.. memang buku bertemu ruaslah ni. Seorang kepala batu, seorang lagi kepala angin. Sesuai sangatlah tu!

“ Suka hati kau lah Amir, aku tak nak campur. Kalau kau kena flaying kick, kau tahu mana nak cari aku, kan?” Sinis kata-kata Dani, tapi penuh dengan sindiran.

Suzuki Swift putih itu bergerak membelah kesesakan jalan raya sepanjang lebuhraya persekutuan. Dani masih khusyuk dengan pemanduannya. Amir di sebelah pula sedang kusyuk membelek kad nama gadis yang bernama Namira Rasyifah itu.

“ Lama usha, kau minat pada dia ke?” sengaja Dani memancing Amir. Kalau kehadiran Namira itu mampu menggantikan tempat Elia, tak salah rasanya untuk Amir move on, lepaskan Elia dan belajar bercinta semula.

“ Aku jatuh cinta dengan perempuan ni? memang tak lah! Garang macam singa habak hang!”

“ Singa pun kalau di belai hari-hari boleh jadi kucing siam tau!” Tak habis-habis Dani mengusik Amir.

“ Gilalah kau, kalau kau jumpa dia, aku jamin kau akan makan balik kata-kata kau tadi, dress-up dia macam mak cik-mak cik nak beli ikan dekat pasar tau, dah tak boleh ubah dah!” Yakin Amir mempertahankan hipotesis awalnya.

“ Ye ke? Ke nanti kau yang akan makan balik kata-kata hinaan kau ni?” Dani sengaja mahu saiko Amir.

“ No..” balas Amir yakin.

“ Will see,” Dani juga tidak mahu kalah. Dani senyum menyenget, tidak sabar mahu melihat Amir menarik semula kata-katanya hari ini.

Dani membelok ke dalam kawasan Stesen minyak Petronas NPE itu “ Dah sampai Petronas ni, apalagi? Silalah bersedia ye, aku tak sanggup nak follow kau beli petrol guna tiga botol air mineral. Malu beb, nampak macam sengkek sangat. Tak apalah, aku tunggu dalam kereta, kau pergi isi sendiri ye!” Dani sudah mengukir senyuman sinis.

“Alahai! Ini lah yang dikatakan kawan waktu senang, waktu susah tak pasti lagi,” Amir pula menyindir Dani.

“ Amboi kau, bagi betis nak peha. Lebih lemak nampak?” jawab Dani. Kereta dihentikan di tempat parking kereta yang di sediakan.

“ Terguris ke bro?” ucap Amir ketika keluar dari perut kereta.

“ Adalah sikit,” balas Dani dalam tawa.

“ Rileks bro, gua mana boleh lupa lu. Gua cinta mati sama lu!” ucap Amir dalam tawa.

“ Gilalah!” Dani sudah membaling Amir dengan menggunakan botol air mineral 500 ml yang di letakkannya di celah kerusi pemandu. Amir pantas mengelak. Amir mengukir tawa. Langkah di aturnya ke kaunter casher.

Dani di dalam kereta hanya memandang Amir dalam senyuman. Dani geleng kepala. Kasihan dan sakit hati mengenangkan sikap Amir silih berganti. Patah tumbuh, hilang berganti, itu pasti. Tapi, Kenapa Amir susah sangat nak terima kenyataan tentang perpisahan? Keras sangat hatinya nak terima kebenaran.

Hampir sepuluh minit menunggu, Amir kembali ke kereta Dani. Di tangannya di bimbit satu plastic yang berisi tiga botol 1.5 L petrol.

“ Cukup ke ni?” soal Dani ketika Amir memasuki perut kereta.

“ Cukuplah! Kejap lagi aku datang sini isi full tank!” ucap Amir tidak mahu kalah.

“ Ye lah tu, isi full tank pergi jumpa janda dia.” Sindir Dani.

“ Suka hati akulah, aku sayang Elia bro!” balas Amir.

“ Amir, Amir.. terimalah kenyataan.” Dani memujuk.

“ Kenyataan apa?”

“ Kenyataan bahawa Elia tak nak pada kau dah, dia dah ada orang lain.” Ucap Dani. Amir geleng kepala. Dani sudah bergerak meninggalkan stesen petronas itu.

“ Kau tahu, pada aku Elia adalah segala-galanya. Sanggup aku ubah segala-galanya untuk dia, apa dia nak, semua aku turutkan. Sebut je, aku beli. Rela tau poket aku kosong asalkan dia bahagia!” semangat Amir bercerita. Dani di sebelah sudah geleng kepala dua tiga kali.

“ Itu dulu, sekarang dia pandang kau sebelah mata je tau! Kau je yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” sinis kata-kata Dani.

“ Aku nak dapatkan dia balik,” balas Amir lemah.

“ Hati dan perasaan tak boleh di paksa!” jawab Dani. Sengaja mahu menyedarkan Amir tentang satu kenyataan.

Suzuki Swift milik Dani mula membelok masuk ke Taman Desa Kerinchi. “ Berhenti dekat sini.” Ucap Amir ketika Dani mula memasuki Jalan Pantai Permai 12.

“ Sini je?” ulang Dani.

“ Yerp!” balas Amir.

“ Nak aku tolong tak?” usul Dani.

“Tak apa, aku okey..” senyuman di ukirnya pada Amir.

“ Thanks Bro!” ucap Amir. Pintu di sebelah penumpang di tutup perlahan. Sungguh, kata-kata Dani sedikit mengguris perasaan Amir.

“ Okey Bro, aku balik dulu.. fikirkan apa yang aku cakap tu!” Nasihat Dani lagi, Amir angguk kepala perlahan. Senyuman tawar dihadiahkannya pada Dani.

“ Eh, kejap!”

“ Apa lagi ni Dani?” soal Amir mula bosan. Dani sudah senyum lebar.

“ Tu, novel tu bawa-bawalah pulangkan balik pada tuan dia.” Jari telunjuk Dani sudah terarah pada novel berkulit hijau di tangan kiri Amir.

Amir senyum menyenget. “ Tengoklah kalau aku baik hati!” balas Amir.

“ Macam tu pulak? Kejap lagi kena lempang lagi baru kau tahu!” ucap Dani. Amir angkat bahu.

“ Suka hati kaulah!” Dani sudah mula memandu perlahan meninggalkan Amir. Setelah kelibat Dani hilang, Amir masuk ke dalam rumah. Puan Jannah yang baru selesai mengangkat kain di ampaian mendekati Amir yang sudah berdiri di tepi keretanya.

“ Kenapa tak jemput Dani masuk?” Soal Puan Jannah.

“ Dia adahal umi!” Amir mula mencipta alasan. Puan Jannah mengangguk laju bergerak masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.


******

Samsung Galaxy Note yang di letakkan di atas rak buku berbunyi kuat menandakan ada panggilan menujah skrinnya. Nami bergerak mendapatkan Galaxy Note itu. Nama yang memanggil di lihatnya. Senyum Nami terukir tatkala melihat nama angahnya yang mendail.

“ Assallammualaikum, lama angah tak call!” ucap Nami tiba-tiba.

“ Waalaikumsalam, Nami dekat mana ni? tengah buat apa?”

“ Nami dekat rumah, baru bangun tidur.”

“ Angah dekat bawah ni, turun cepat!”

“ Hah? Erm.. okey!”

Klik,

Talian di matikan.

Nami bergerak laju menuju lift. Tak sabar rasanya bahu bertemu angahnya. Walaupun mereka sama-sama tinggal di bumi Kuala Lumpur, namun Nami jarang meminta bantuan dari abangnya. Nami lebih suka berdikari sendiri.

“ Angah, lama dah sampai?” Nami menghulurkan salam pada abangnya.

“ Baru je, angah hantar kawan dekat Taman Desa Kerinchi tadi. Alang-alang dah sampai sini, angah singgah tengok Nami sekali.”

“ Oh, patutlah..”

“ Nami sihat? Ada masalah ke? Nampak pucat je,” sengaja Dani menduga adiknya yang seorang itu.

“ Nami okey,” balas Nami perlahan.

“ Ye ke? Angah tengok macam tak je,” ucap Dani.

Nami senyum segaris. Berkira-kira mahu berkongsi cerita dengan Dani atau tidak.

“ Cerita je lah,” pujuk Dani.

“ Erm.. Reez,” kata-kata Nami terhenti. Cuba mencari kekuatan.

“ Kenapa dengan dia?”

“ Dia minta putus, majlis pertunangan tu tak jadi agaknya,” Mata Nami memaku memandang lantai. Tak sanggup rasanya dia mahu memandang muka Dani. Angahnya itu boleh tahan barannya. Nampak lembut, bila marah bertukar menjadi hulk!

“ Puncanya?” Dani masih mahu mengorek rahsia.

“ Dia jatuh cinta dengan perempuan lain.” Balas Nami perlahan.

“ Hah? Macam ini punya orang pun ada?” Dani sudah mengetap bibir. Geram!

“ Dialah orangnya!” Nami sudah senyum segaris.

“ Suka-suka hati dia je ye..” suara Dani naik satu oktaf.

“ Nak Angah sound dia ke?” soal Dani lagi. Nami geleng kepala.

“ Dah bukan jodoh Nami dengan dia kot, tak apalah, Nami redha.” Balas Nami lembut.

“ Nami ni lembut sangat. Sana-sini orang pijak kepala. Cuba tegas sikit!” Suara Dani sudah naik satu oktaf. Geram pula dengan perangai ‘lembik’ adiknya seorang ini.

“ Angah balik dulu ye, weekend ni datang rumah tau! Kak Ngah masak makanan favourite Nami,” Nami menangguk laju mendengarkan kata-kata Dani.

Dani bergerak memasuki kereta, “ Tak mahu moody-moody ye!” ucap Dani.

“ Ye lah!.” Balas Nami kasar.

“ Baru lepas makan ular tedung selar ke ni? garang semacam je!” ucap Dani pada Nami. Nami senyum menyenget.

“ Penatlah Angah!”

“ Oh, okey.. perangai tu elok sikit, jangan asyik nak cari gaduh dengan orang, awak tu bukan kak Yong!” tambah Dani.

“ Ye, Nami tahu." balas Nami.

“ Novel kulit hijau tu, tak payah beli baru. Esok lusa pandailah novel tu balik!” ucap Dani.

“ Boleh pula?”

“ Boleh lah! Diakan robot,” sempat lagi Dani melawak.

“ Kalau tak percaya, tengoklah nanti!” balas Dani tidak mahu kalah.


2 comments:

  1. Hahaahaha jue percaya dunia ni kecil.
    Dani tu abg nami? Awesome,,,

    #xsabarnak tggu next

    ReplyDelete
  2. adik beradik rupanya si nami dgn dani ni. patut lh dani mcm kenal jer bila si amir sebut nama nami

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)