Tuesday, 5 March 2013

Encik Separuh Jiwa 7


MATA Nami terkebil-kebil mengingati peristiwa tadi. Orang ramai yang sama-sama turun dari LRT tadi dipandangnya satu persatu. Cuba mengecam lelaki berbaju pink yang mencuri novel hijaunya. Nami mendegus kasar, lelaki yang di tunggu tidak juga kelihatan di sebalik orang ramai yang sama-sama turun di stesen LRT Universiti itu.

Nami duduk pula di kerusi menunggu. LRT yang berhenti di Stesen Universiti silih berganti dipandangnya tajam, tidak mahu satu pun lelaki yang berpakaian warna pink terlepas dari pandangannya. Sekali pandang perlakuan Nami seperti sedang menunggu musuh negara. Jam di tangan dikerling sedikit. Telah hampir satu jam menunggu, tetapi bayang lelaki itu tidak juga kelihatan keluar dari perut LRT.

Langkah di aturnya malas menuruni anak tangga di dalam stesen LRT Universiti. Penantiannya sia-sia. Nami menampar perlahan dahinya apabila mengingati lelaki tadi.

“ Kenapalah aku tak minta maaf je, kalau minta maaf tadi tak adalah sia-sia je novel aku tu dapat dekat dia! Apalah sengal aku pergi larikan diri dari dia,” ucap Nami pada diri sendiri. Menyesali tindakan sendiri.

“ Nampak gayanya kena beli novel barulah ni!” gerutu Nami. Orang ramai yang memerhatinya yang sedang bercakap sendirian tidak dihiraukannya. Nami berjalan laju menyeberangi jalan raya di hadapan Stesen LRT Universiti itu. Di dalam kepala Nami ligat memikirkan tentang lelaki yang memakai baju pink tadi.

Nami senyum sendirian tatkala teringatkan wajah lelaki itu. Senyuman Nami mati tiba-tiba bila teringatkan kata-kata yang penghinaan yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Muka kacak, Mulut puaka!” ucap Nami, Nami geleng kepala sendirian. Sampai di tangga di hadapan flat PKNS itu, hati-hati Nami menuruti tangga yang mempunyai lebih kurang enam anak tangga itu. Beberapa hari lepas, Nami jatuh di tangga itu gara-gara tersadung kaki. Tak pasal-pasal sahaja Nami digelakkan oleh orang ramai yang sama-sama menggunakan tangga itu.

Handfone di dalam beg Nami berbunyi lantang menandakan satu panggilan menujah skrinnya. Nami buat tidak faham. Tiada hati mahu menjawab panggilan. Saat itu, Nami lebih memikirkan mengenai novel berkulit hijaunya pada lelaki itu.

Nami berjalan laju ke lift. Butang di dinding lift di tekan cepat-cepat. Handfone berbunyi lagi. Nami mencapai handfone itu di dalam beg sandang.

“Private call?” ucap Nami sendiri.

“ Huargggghhhhh!” Nami di sergah tiba-tiba.

“ Mak hang!” Galaxy Note di dalam genggaman Nami hampir terlepas. Nami mengarahkan pandangan pada yang menyergah. Geram je rasa!

Lily mengukir senyuman melihat Nami melatah“ Rilekslah! Tak akan marah kot?” Balas Lily apabila melihat pandangan Nami yang sudah serupa harimau lapar tunggu masa nak baham orang tu!

“ Kau ni, kalau aku ada sakit jantung dah arwah aku tau!” balas Nami separuh marah, Mata sudah dijegilkannya kepada Lily di sisi.

“ Hak eleh! Budget aku takutlah tu?” ucap Lily.

“ Oh, tak eh?” balas Nami pula. Lily geleng kepala. Senyuman diukirnya.

“ Wey jom!” Lily menarik laju tangan Nami memasuki perut lift.

“ Nasib cepat! Orang dah lah ramai,” tambah Lily apabila pintu lift tertutup. Suasana di dalam lift itu sunyi. Orang ramai di dalam lift itu sibuk melayan perasaan sendiri.Yang kedengaran hanyalah bunyi tali lift yang bergerak laju meninggalkan ground floor.

Sampai di tingkat tujuh, mereka beriringan keluar dari pintu lift.

“ Eh, aku ada benda nak tunjuk pada kau,” ucap Lily ketika membuka pintu rumah sewa mereka.

“ Tentang apa?” Soal Nami tidak berminat. Saat itu, tumpuan Nami terarah pada galaxy note di tangannya.
Pintu terbuka, Nami membututi Lily masuk ke dalam rumah. “ Pasal duda kau lah!” ucap Lily sambil menutup semula pintu rumah.

“ Reez?” ucap Nami sepatah. Langkah di atur ke sofa L shape di tepi dinding. Matanya masih terarah pada Lily. Lily angguk laju-laju. Satu kertas bersaiz A4 yang terlipat dua di keluarkan Lily dari begnya. Kertas itu di hulurkannya kepada Nami. Kemudian, Lily bergerak ke dapur membancuh dua mug Nescafe.

Mata Nami tajam membaca status dari facebook yang di copy Lily itu. Gambar pasangan yang berpeluk mesra itu ditatapnya lama. Sakit hati dan kecewa bersilih ganti.

“ Perempuan tu nama dia Melissa. Kawan office aku satu sekolah dengan dia dulu,” ucap Lily apabila merasakan Nami sebenarnya mahu tahu lebih lanjut tentang wanita yang berjaya mencuri hati Reez tiba-tiba.

“ Mulanya, aku tak perasan. Bila kawan aku tu kecoh-kecoh, aku tengok jugalah Facebook dia, terkejut aku bila nampak lelaki tu adalah Reez.” Tambah Lily. Nami masih memaku memandang kertas bersaiz A4 itu.

Dua mug itu di letakkannya di atas meja di hadapan Nami. Lily menarik kasar kertas itu dari pegangan Nami. Pandangan Nami seolah-olah menembusi kertas bersaiz A4 itu.

“ Aku tahu kau sedih, tapi kau kena redha.” Ucap Lily. Air mata yang bertakung sejak tadi akhirnya gugur, Nami mengesat laju air mata yang gugur itu.

“ Sabarlah,” tambah Lily.

“ Aku tengah sabarlah ni,” Balas Nami kasar. Nami cuba mengawal kemarahannya saat itu.

“ Mungkin jodoh kau bukan dengan dia, banyak-banyak beristigfar,” Lily masih tidak henti-henti memujuk.

“ Hati aku sakit, macammana aku nak bagitahu semua ni pada keluarga aku?” Akhirnya terluah juga apa yang di simpan Nami sebelum ini. Lily masih mematung.

“ Aku terfikir-fikir apa salah aku sebenarnya, kenapa dia tak tinggalkan aku sebelum keluarga dia datang merisik. Kenapa tak tinggalkan aku sebelum dia naik pangkat, sebelum dia hidup senang-lenang macam sekarang?” tambah Nami. Lily masih membisu, Sengaja membiarkan Nami meluahkan segalanya.

“ Lelaki, bila dah senang cepat lupakan yang lama. Betullah pepatah melayu ada cakap, sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. Dah dapat perempuan cantik, hidup tak mancung ni di sepak macam bola!” luah Nami geram. Air mata disekanya laju. Tidak mahu nampak lemah di depan Lily.

“ Hish, janganlah macam ni. Cuba sabar! Menyesal aku tunjuk gambar tu pada kau,” Lily sudah rasa bersalah.

“ Kalau kau tak tunjuk, aku lagi sakit,” balas Nami.

Samsung Galaxy Note itu berbunyi lantang lagi. Nami sudah mengeluh kasar. Dari tadi Galaxy Note itu tidak henti-henti berbunyi. Nak kata emergency call, tak ada pula SMS di terimanya.

“ Hello, nak cari siapa ni?” Jawab Nami dengan kasar.

“ Hoi singa! Kau tak tahu nak jawab telefon dengan penuh budi bahasa ke? Segah-sergah orang je pandai,” suara lelaki di hujung sana lantang memerli Nami.

Nami jadi geram tiba-tiba, “ Masalahnya, dah hantu call aku, mestilah aku jawab kasar! Dail nombor aku kau tahu, cakap kau tak tahu..” Perli Nami pula.

“ Kau ni baru lepas telan ular agaknya, ayat kau berbisa!” balas suara di hujung sana.

“ Kalau ye pun kenapa? Ada susahkan kau?” Soal Nami.

“ Suka hati kau lah, malas aku nak layan,”

Klik,

Panggilan di putuskan oleh lelaki itu. Nami mendegus kasar. Geram. Makhluk Tuhan mana lagi yang buat dia sakit hati ni. Pula tu, makhluk itu adalah lelaki!

Lelaki ni memang sifat dia menyakitkan hati! Haila…

4 comments:

  1. cite dia mcm kisah kita yg real ar...aduhai.
    jue fhm perasaan nami

    ReplyDelete
  2. Aaaa...saya selalu naik LRT..hehe..mana tahu jumpa ke lelaki macam ni..hahaha..(lempang2 diri sendiri..sedar2.)

    ReplyDelete
  3. @Jue Jaynee ala, ye ke jue.. okey cite nami ni didacated utk jue laa :)

    ReplyDelete
  4. @Nurul Aini Aini, insyaAllah.. mana nak tau kalau jodohkan?

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)