Thursday, 21 March 2013

Encik Separuh Jiwa 12




PAGI yang indah. Nami tiba di jeti Lumut ketika jam terarah ke pukul 11.30 pagi. Selesai membeli tiket, Nami bergerak ke tempat menunggu ferry. Nami ambil tempat paling hujung. Ombak yang memukul batu-batu di tepi jetty itu dipandangnya kosong. Sekosong hatinya saat itu.

Nami bergerak di Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi, dalam pukul 10.30 pagi tadi Nami tiba di Pekan Lumut, selesai meletakkan keretanya di tempat disediakan, Nami terus bergerak ke kedai mamak berhadapan jetty untuk mengisi perut. Nami tidak mahu singgah di kampungnya di Parit. Tak sanggup rasanya untuk Nami bertemu dengan ayah dan ibunya untuk berceritakan kisah mengenainya dan Rizal. Nami amat berharap agar Dani boleh menceritakan semuanya kepada orang tua mereka. 

Nami tahu, pastinya ibu dan ayahnya sedih, tapi kesedihan Nami lebih berganda. Samsung Galaxy Note itu dikeluarkan dari beg sandang. Nombor Dani didailnya. Setelah menunggu lama, kedengaran bunyi di hujung sana.
 
“ Assallammualaikum,” ucap suara di hujung sana.

“ Waalaikumsalam?”

“ Lumut Angah!” jawab Nami.

“ Eh, tak balik kampung dulu?”

“ Tak, tak sanggup nak bagitahu ayah dan ibu,” jawab Nami.

“Pergi seorang je?”

“ Ye lah, Angah tak cakap pun suruh bawa kawan.”

“ Oh ye lah, betullah tu! Ada kenal siapa-siapa tak?”

“ Siapa apa Angah?” Nami sudah angkat kening.

“ Tak adalah tu, Nami jaga diri elok-elok. Dapat bilik nanti, masuk terus kunci. Jangan lupa!”

“ Ye, Angah!”

“ Nanti telefon ibu bagitahu Nami pergi Pangkor.” Nasihat Dani.

“ Ala, tak naklah. Cukuplah Angah seorang tahu. Nami nak berehatlah. Nanti Angah tolong bagitahu pasal Reez tu pada ayah ye,” ucap Nami.

“ Angah pulak?”

“ Ye lah! Angah sayang Namikan?” Nami sengaja memancing.

“Macam tu pulak?”

“ Ye lah, tolong ye Angah.”

“ Ye lah, Angah doakan Nami jumpa cinta sejati Nami dekat Pangkor.”

“ Merepeklah Angah ni! oklah Angah, Nami nak gerak dah, ferry dah sampai!”

“ Okey,”

“ Bye”

Klik.

Panggilan Nami putuskan. Nami bangun dari duduknya, melihat orang ramai yang sedang berpusu-pusu bergerak ke ferry, Nami juga ikut menarik beg bajunya memasuki ferry bercat warna biru dan kuning itu. Nami ambil tempat di tepi tingkap. Nami lebih selesa bersendirian. Sengaja mahu melayan perasaan sendiri.

Excuse me, sorry… sorry…” terdengar satu suara yang sudah terbiasa Nami dengar beberapa hari lepas. Nami menoleh melihat pemilik wajah di kerusi belakangnya melalui celahan kerusi.

Gulp!

Air liur yang ditelan sudah rasa berpasir. Nami pandang sekali lagi melalui celahan kerusi itu. Sah dia! Nami sudah gelisah. Dalam banyak-banyak ferry, kenapa kena naik ferry yang sama? Dalam banyak-banyak pulau dalam Malaysia ni, kenapa Pulau Pangkor juga dia nak pergi?

Senget!

Nami sudah tidak senang duduk. Macam-macam gaya sudah dibuatnya. Ferry sudah mula bergerak, agak mustahil untuk Nami lari lagi. Nami buntu.

Nami mengetuk-ngetuk jari-jarinya perlahan pada beg sandang yang dipangkunya. Nami senyum sendiri tatkala teringatkan selendang pashima di dalam beg sandangnya. Selendang itu dikeluarkan, selendang itu diletakkan di kepala dan di selempangkan di bahu kiri dan kanan. Cermin mata Ray Ban berwarna hitam di dalam beg sandang dikeluarkan dan terus Nami pakai. Hanya itu sahaja cara yang Nami ada untuk lari dari lelaki itu.

Lima belas minit berlalu. Nami mengintai lagi lelaki itu di celahan kerusi. Lelaki itu sedang khusyuk membaca. Nami mengetap bibir apabila melihatkan novel hijau miliknya di tangan lelaki itu.
Nami melarikan pandangannya cepat-cepat apabila terlihat lelaki itu mengeluarkan handfone dari dalam poketnya.

Nami berdoa dalam hati agar lelaki itu tidak perasankan kehadirannya di dalam ferry yang sama itu.
Handfone di dalam beg sandang Nami tiba-tiba berbunyi menandakan satu panggilan menujah skrinnya. Sedang Nami terkocoh-kocoh mahu mengeluarkan Samsung Galaxy Note itu, deringan itu mati sendiri. Nami mengeluh. Handfone itu diletakkannya di atas beg sandang. Takut-takut terlepas panggilan penting.

Ketika Nami hampir terlena. Samsung Galaxy Note itu berbunyi lagi. Nami kelam-kabut mencari handfonenya. Ketika mahu menjawab, handfone itu terlepas dari genggaman Nami dan jatuh ke bawah kerusinya. Nami mengeluh kali kedua. Baru sahaja Nami mahu tunduk mengambil semula handfone itu, kedengaran nada dering handfonenya berada terlalu dekat dengan Nami. Nami mengalihkan pandangan pada bunyi itu.

Gulp!

Kantoi!

“ Ini telefon awakkan?” Soal lelaki itu tidak percaya. Matanya membutang memandang Nami yang berselubung dengan selendang Pashimanya. Nami melihat lelaki itu memegang dua handfone di tangannya. Sebelah kanan I-phone 5, sebelah kiri Samsung Galaxy Note yang masih berbunyi.

“ Awak buat apa dekat sini?” soalnya lagi tidak percaya. Nami sudah mengeluh.

“ Suka hati saya nak ke mana, pulang balik handfone saya!” ucap Nami garang.

“ No, macammana awak boleh ada dekat sini?” soal lelaki itu lagi.

“ Awak dah ikut saya, awak tanya pula soalan bodoh macam tu!” Nami menyalahkan Amir.

“ Eh? Tolong sikit, saya ada kerja dekat sinilah!” Jawab Amir sedikit kasar. Semenjak peristiwa Amir melanggar belakang kereta Nami, Amir sudah menggantikan kata ganti dirinya dari ‘aku’ kepada ‘saya’.

“ Pulang balik handfone saya, kalau tak saya jerit!” ucap Nami. Bagai di pukau, Amir menghulurkan Samsung Galaxy Note itu kepada Nami. Amir memandang lama wajah di depannya itu. Amir terpukau melihat Nami. Baru Amir perasan wajah Nami cantik dan riaknya juga lembut.

“ Apa pandang-pandang?” soal Nami. Terasa darah menyerbu seluruh mukanya apabila pandangan Amir memaku ke wajahnya. Malu sebenarnya di pandang lama oleh seorang lelaki sekacak Amir.

“ Gila!” tambah Nami. Nami duduk semula di tempatnya. Amir yang masih terpaku memandangnya dibiarkan sahaja.

Melihatkan Nami kembali duduk, Amir juga ikut duduk semula di tempatnya. Hati Amir rasa berbunga-bunga apabila memandang wajah lembut milik Nami. Sedikit demi sedikit, wajah itu mula memenuhi ruang yang di tinggalkan oleh Elia. Tapi, mampukah Amir untuk memikat hati Nami?
Nampak gaya macam susah nak memikat gadis garang spesis singa macam Nami tu! Silap Amir juga, di pertemuan pertama sudah ‘galak’ mulutnya menyakitkan hati Nami. Esok-esok kena hantar sekolah mulutnya itu!

Senarai miscall di Samsung Galaxy Note itu Nami lihat. Nami mengeluh lagi. Patutlah lelaki itu terkejut. Orang yang dihubunginya berada di depan mata. Haruslah dia terkedu. Nami menepuk perlahan dahinya. Macammana lupa nak silencekan handfone tadi?

Tiga puluh minit berlalu, ferry itu memasuki kawasan jetty. Orang ramai sudah mula bangun dari tempat duduk. Nami masih duduk di kerusi itu. Tidak terfikir untuk berebut sama keluar dari ferry.
 Setelah yakin semua penumpang hampir keluar, Nami bangun dari duduknya. Beg sandang  disilangkan ke bahunya.

“ Awak duduk hotel mana?” soal dia. Nami sudah mengerutkan kening. Dia bangun dari duduk dan berdiri di belakang Nami.

“ Mana-mana saja. Awak sibuk kenapa?” Soal Nami tidak puas hati. Nami bergerak keluar dari perut ferry.

“ Saya tanya je,” balas Amir.

“ Saya tak suruh awak tanya!” jawab Nami kasar. Bosan dengan perangai lelaki dan bosan dengan lelaki yang ditemuinya beberapa hari lepas.

“ Tanya pun salah?” soal dia. 

“Boleh tak awak jangan ganggu saya? Jangan muncul depan saya? Boleh tak?” ucap Nami geram.

“ Selagi awak tak minta maaf dengan saya, selagi itu awak akan nampak muka saya ni!” ucap Amir tiada perasaan. Nami mengeluh perlahan. Kepala digeleng laju. Geram!

Sampai di jetty, deretan teksi berwarna pink sudah sedia menunggu para pelancong. Nami mengeluarkan semula Samsung Galaxy notenya, mencari sms dari Angahnya tadi.

“ Kak nak pergi mana?” soal seorang lelaki awal dua puluhan pada Nami.

“ Saya nak ke Teluk Dalam Resort,” ucap Nami.

“ Oh, tu van dari Teluk Dalam Resort,” lelaki itu menunjukkan ke arah sebuah van berwarna putih.

“ Terima Kasih,” jawab Nami. Tanpa mempedulikan Amir di belakangnya, Nami terus bergerak ke van berwarna putih yang tertulis Teluk Dalam Resort di dindingnya. Nami menarik begnya laju apabila perasan Amir berjalan dekat dengannya.

Nami berhenti tiba-tiba. Amir juga ikut berhenti.

“ Yang awak sibuk ikut saya kenapa?” Soal Nami.

“Saya ikut awak?” ucap Amir sambil jari telunjuknya mengarah ke mukanya.

“ Yelah!” balas Nami.

“ Cik Namira sayang, untuk pengetahuan awak, bukan awak sahaja yang nak ke Teluk Dalam Resort, saya juga nak ke sana!” balas Amir dalam nada menyindir. Amir sudah berjalan ke van berwarna putih itu.

“ Awak nak naik ke tak ni?” Soal Amir di depan van. Nami sudah menghentak kaki kanannya. Geram dan malu bersatu. Amir sudah senyum menyenget. Comel sungguh wajah Nami bila dia malu, sungguh berlainan sifatnya ketika mereka bertemu buat kali pertama dulu.

Hampir lima belas minit di dalam van, akhirnya mereka sampai di Teluk Dalam Resort. Nami terus bergerak ke kaunter diikuti dengan Amir.

“ Saya dah buat tempahan,” ucap Nami dengan senyuman.

“ Cik isi borang ni ye,” arah gadis di kaunter.

“ Saya pun dah buat tempahan,” jawab Amir.

“ Encik Amirul Nadzmi dari Wira Holding ye?” soal gadis itu.

 Amir sudah mengangguk. “ Kena isi borang juga ke?” Soal Amir.

“ Tak perlu, kejap ye saya beri borang untuk Encik sign.” Balas gadis itu. Nami hanya memasang telinga mendengarkan perbualan mereka.

“ Awak bercuti seorang je ke?” soal Amir pada Nami apabila gadis itu berlalu ke hujung kaunter.
“ Ye, kenapa? Ada masalah?” soal Nami pula.

“ Saja tanya, singa macam awak memanglah tak ada orang nak ikut pergi bercutikan?” Lembut tetapi sinis kata-kata Amir. Nami sudah angkat kening sebelah kiri. Amir di depannya sudah kecil-besar sahaja di matanya.

“ Sorry Encik, sign dekat sini ye.” Satu borang berwarna biru di hulurkan gadis di kaunter pada Amir.

“ chalet Encik Amirul Nadzmi chalet nombor 153 ye, ini kuncinya.” Kunci dihulur kepada lelaki itu.”

“Bye,” ucap Amir lembut di telinga Nami. Nami senyum menyenget.

“ Lega… menyemak je!” ucap Nami apabila Amir berlalu.

“ Cik datang sekali dengan Encik Amirul ye?” tanya gadis di kaunter ramah.

“ Eh tak… tak…” balas Nami sungguh-sungguh.

Gadis itu mengukir senyuman. “ Dah siap isi dah cik?” soalnya. Nami angguk.

“ Okey, ini kunci chalet cik, beg kejap lagi pekerja hotel akan hantar ye.” Lembut gadis itu menerangkannya. Nami angguk perlahan. Kunci itu di ambilnya. Nombor pada kunci itu dilihat Nami. Muka Nami sudah berubah. Tak akanlah?

“ Cik, chalet saya 154 ke?” soal Nami pada gadis itu. Gadis itu mengangguk.

“ Sebelah chalet lelaki tu?” soal Nami merujuk kepada Amir. Gadis itu angguk lagi. Terlihat gadis itu juga ikut pelik dengan sikap Nami.

“ Ada chalet lain tak? Yang jauh dari chalet lelaki tadi?” soal Nami.

“ Maaf cik, semua chalet dah penuh di tempah. Lagipun, memang bilik itu yang ditempah oleh Encik Dani,” lembut suara gadis itu.

Alahai, ini kerja gila!

Nami mengeluh. “ Tak apalah, terima kasih.” Ucap Nami. Langkah di atur malas ke chalet. Beberapa minit berjalan, Nami akhirnya sampai di depan pintu chalet bertulis nombor 154.

“ Eh? Berjiran rupanya kita!” ucap Amir yang sedang duduk di kerusi di veranda menantikan begnya.
Nami yang sedang membuka pintu menjeling.

“ Amboi, garangnya dia…” ucap Amir dalam senyuman. Seorang pekerja yang membawa buggy berhenti di depan chalet mereka. Beg di letakkan di tangga chalet Amir.

“ Terima kasih,” ucap Amir. Lelaki itu angguk kepala. Lelaki itu meletakkan beg Nami di tangga chalet Nami pula.

“ Thanks,” jawab Nami. Beg itu di tariknya masuk ke chalet.

“ Namira!” jerit Amir ketika Nami mahu menutup pintu. Nami mengeluh. Nami kembali berdiri di veranda.
“ Nak apa lagi?” soal Nami.

“ Kan betul cakap saya, Selagi awak tak minta maaf, selagi itu saya akan menghantui awak!” ucap Amir dalam senyuman.

“ Gila!” balas Nami. Pintu di tutup kuat. Geram!
--------------------------------------------
** komen pleaseee... harap sangat korang boleh tinggalkan pandangan korang :)

23 comments:

  1. amir dh jth cinta ke ? .. best tp kalo buat watak nami tk terlalu jual mhl ok lah kot .. :D

    ReplyDelete
  2. @Anonymous hehehhe okey, noted.. thanks tau bagi idea :)

    ReplyDelete
  3. assalam, salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...

    ReplyDelete
  4. nice. okaylah.. bestla.. part ni la.. eh, macam mana nak ckp.. baru baca part ni. jadi mcm menarik.. hehe.

    ReplyDelete
  5. nice story dik.akak suka.bila nak update lagi ?

    ReplyDelete
  6. @Anonymous: InsyaAllah akan update soon kak, dah siap bab 13 separuh.. heheh

    ReplyDelete
  7. saya singgah sini
    kalau saya start baca novel, memang tak berhenti gamaknya ^.^

    ReplyDelete
  8. wah, nih novel buatan sendiri ke? hebatnya..hehe ada masa nnt nk bacalah part yang sebelum2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe, haah Mizz Erma :)

      Thanks sudi baca ye :)

      Delete
  9. Assalamualaikum syida. cute gila. tak sabar sheila nak sambung baca ~~~

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)