Monday, 18 March 2013

Encik Separuh Jiwa 11




AMIR tersenyum simpul mengingati gadis bernama Namira Rasyifah itu. Dari semalam, wajah gadis itu memenuhi ruang mimpinya.Ini semua gara-gara memikirkan kata-kata umi dan juga Dani. Tak pasal-pasal mimpikannya, nasib mimpi baik-baik, kalau mimpi kena bunuh dengan Namira Rasyifah tu, memang betul-betul mimpi ngeri!

“ Senyum semacam je umi tengok pagi-pagi ni,” soal Puan Jannah ketika Amir tiba di meja makan.

“ Biasa je umi,” balas Amir. Nasi lemak di dalam pinggan di suap sedikit ke dalam mulut.

“ Novel budak tu, nanti pulangkan ye. Tak baik ambil barang orang, tak kisahlah dia tu macammanapun, tak baik!” Amir mengangguk perlahan mendengarkan kata-kata Puan Jannah. Free-free sahaja Amir dapat ceramah di pagi hari.

“ Ayah mana umi?” Amir cuba mengalihkan topik perbualan.

“ Tak balik lagi dari surau,” balas Puan Jannah. Puan Jannah bergerak ke sinki mencuci saki baki pinggan mangkuk yang tidak dicucinya tadi.

“ Umi, Amir dah nak gerak dah ni.” Air milo di dalam cawan di teguk laju. Amir bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu utama. Puan Jannah mengekori Amir.

“ Bawa kereta tu jangan nak khayal.” Pesan Puan Jannah ketika Amir mahu membuka pintu kereta.

“ Ye umi,” balas Amir ringkas.

“ Ada ke minyak tu? Jangan macam semalam pula. Satu hal pula lagi nak naik bas pergi LRT” Puan Jannah sudah mula membebel.

“ Baik Umi,” balas Amir lagi. Selepas menghidupkan enjin kereta, Amir bergerak mendapatkan Puan Jannah. Tangan wanita itu di salam dan diciumnya.

“ Amir pergi dulu ye umi,” ucap Amir lembut. Puan Jannah angguk perlahan. Amir masuk ke dalam kereta dan mula menukar gear parking kepada gear reverse. Proton Inspira itu bergerak laju meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu.

Punat untuk on untuk menghidupkan radio di dalam kereta di tekannya. Lagu ‘Aku yang tersakiti’ dendangan Judika berkumandang memenuhi ruang di dalam Proton Inspira itu. Mendengarkan baik-bait lagu itu, senyuman Amir tadi hilang tiba-tiba. Kerinduannya kepada Elia memuncak. Amir betul-betul rindu pada Elia yang dulu. Tanpa sedar, Amir ikut menyanyi bait-bait lagu itu.

Tak pernahkah kau sedari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia walau tak bersama dia..

Kuat suara Amir menyanyikan lagu itu. Sungguh, penuh perasaan Amir melontarkan bait-bait lirik lagu ‘Aku yang tersakiti’ dendangan Judika. Amir merasakan seolah-olah lagu itu dicipta untukknya.

“ Elia, kenapa buat aku macam ni,” Ucap Amir sendiri selepas lagu itu habis berkumandang. Dekat mana silap dan salahnya sebagai seorang lelaki. Benar, Amir sibuk. Tapi sibuknya bersebab. Siang malam Amir bekerja keras. Semuanya sebab Elia mahukan majlis perkahwinannya besar-besaran. Malah, hantaran yang diletakkan oleh keluarga Elia juga agak membebankan. Ringgit Malaysia lima puluh ribu serba satu. Saat mendengarkan ayah Elia memberitahu belanja hantaran itu, Keluarga Amir kelu sekejap, tapi bersetuju akhirnya setelah Amir menyatakan persetujuannya.

Untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bukanlah mudah bagi Amir. Tapi kerana kasihnya yang besar pada Elia, kesusahan itu ditelannya. Hinggalah beberapa bulan lepas Elia menyatakan keputusannya yang mahu perhubungan mereka diakhiri dengan perpisahan. Pedih dan sakit, itu perasaan Amir. Hingga hari ini, Amir tidak henti-henti meminta Elia memberikannya peluang. Walau berkali Elia menolak, Amir tetap mencari Elia. Sedar tak sedar, Elia sudah ambil kesempatan ke atas kelemahan Amir yang tidak mahukan perpisahan itu diteruskan. 

Zreeeettttttttttt..

Amir break mengejut. Gear di freekan, Amir melangkah keluar dari kereta Proton Insipranya. Pemandu wanita di dalam Perodua Myvi hitam di hadapannya turut keluar. Tanpa melihat Amir, wanita itu terus melihat belakang keretanya yang dilanggar Amir.

“ Buta ke? Tak nampak lampu merah?” ucap Wanita itu sambil matanya memandang Amir.

Kacamata hitam yang dipakai Amir buka. “ Maaf, saya tak sengaja!” ucap Amir lembut. Wanita itu melihat lebih dekat bumper keretanya.

“ Nasib calar je,” ucap wanita itu sambil memegang bumper keretanya. Pandnagan dialihkan semula kepada Amir.

“ Eh?” ucap Amir.

“ Kau?” soal wanita itu. Amir mengukir senyuman. Wanita itu mencebik. Tanpa menunggu kata-kata seterusnya dari Amir, wanita itu terus masuk ke dalam keretanya lalu mengunci pintu.

“ Namira Rasyifah! Namira!” ucap Amir sambil mengetuk-ngetuk perlahan cermin sisi Perodua Myvi itu. Bunyi hon dari kereta di belakangnya membuatkan Amir bergerak masuk ke dalam kereta. Lampu isyarat bertukar hijau. Perodua Myvi itu meluncur laju meninggalkan Amir. Amir senyum sendiri. Hari ini adalah hari kedua Amir terserempak dengan wanita itu. Tapi kali ini nasib Amir baik tidak di tampar dan di tumbuk oleh wanita itu. 

Hati Amir berbunga-bunga, hari ini Namira nampak sangat lain dari semalam. Jika semalam pakaiannya seperti mak cik – mak cik, kali ini penampilannya sangat berbeza. Berubah tiga ratus enam puluh darjah!

Kegembiraan Amir terbawa-bawa hingga ke pejabat. Selepas dia bertemu Namira, tidak henti-henti dia mengukir senyuman kepada sesiapa yang ditemuinya. Pekerja bawahannya sendiri pelik melihatkan wajah gembira milik Amir. Setahu mereka, sejak Amir putus tunang dengan Elia, Amir selalu sahaja muram. Untuk melihat dia tersenyum teramatlah payah!

“ Selamat pagi!” ucap Amir ketika melewati bilik Dani.

“ Pagi,” balas Dani. Dani sudah angkat kening. Pelik dengan perangai Amir hari ini.

“ Kau kenapa senyum-senyum ni? Pelik pulak aku, kau buang tebiat ke?” soal Dani bertalu-talu. Amir menggeleng kepala laju-laju.

“ Kenapa?” Dani tidak henti-henti menyoal.

“ Dalam hati ada taman!” balas Amir.

“ Dengan siapa?” Soal Dani lagi.

“ Rahsia! Aku masuk bilik aku dulu ye,” balas Amir. Langkah diatur ke biliknya yang selang dua bilik dari bilik Dani. Dani geleng kepala. Pelik dengan sikap Amir. Perubah positif! Tapi kenapa tiba-tiba.

Dani sudah menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal. “ Kenapa ye?” soal Dani pada dirinya sendiri. Pelik sungguh perangai Amir hari ini. Seolah-olah baru jatuh cinta! Dani bangun dari kerusinya dan bergerak ke bilik Amir. Dari hujung pintu terdengar Amir menyanyi-nyanyi kecil, peliknya!

“ Woit, kau kenapa hari ini?” Soal Dani dari hujung pintu.

“ Dani, sini! Aku nak cerita ni,” panggil Amir. Dani bergerak ke meja Amir.

“ Kenapa kau hari ni?”

“ Ingat tak perempuan yang aku cerita semalam?” tanya Amir. Dani angguk perlahan.

“ Tadi aku terlanggar kereta dia, aku pun tak perasan. Hari ini dress-up dia lain sangat, cantik! Aku terpikat, rasa macam jatuh cinta kali pertama!” Amir mengukir senyuman bahagia.

“ Kau langgar kereta dia? Teruk ke?” Soal Dani. Risau.

“ Tak ada apalah, calar sikit je! Kau yang risau lebih-lebih kenapa?”

“ Ergh, tak ada apalah, aku tanya je.” Sengaja Dani mengawal kerisauannya. 

“ Aku rasa, aku jatuh cinta pada dia,” ucap Amir.

“ Really?” Soal Dani teruja. Amir angguk. Dani mengukir senyuman. 

“ Eh, aku keluar dulu ye… selamat berangan!” balas Dani sambil bangun dari kerusi di depan Amir.

Dani bergerak ke biliknya. Handfone di atas meja di capai. Nombor Nami didail.

“ Assallammualaikum,” ucap Dani.

“ Waalaikumsalam Angah,” balas Nami.

“ Nami dekat mana ni? okey ke?” soal Dani gelisah.

“ Nami okeylah Angah, kenapa ni?” Nami ikut menyoal. Pelik apabila Dani menghubunginya pagi-pagi.

“ Angah tanya je, kereta okey?” soal Dani lagi.

“ Angah ni macam tahu-tahu je kereta Nami kena langgar,” ucap Nami.

“ Angahkan abang, mestilah Angah tahu! Kereta okey tak?” Dani mencipta alasan.

“ Okey je, nasib calar je!” balas Nami.

“ Okeylah, Angah tanya tu je, take care ye.” 

“ Ye Angah,” balas Nami.

Klik,

Panggilan di tamatkan.

*****

SAMSUNG Galaxy note itu Nami letakkan di dalam laci mejanya. Pelik pula rasanya apabila Angah tak henti-henti menghubunginya. Macam ada sesuatu. Tapi apa ye? Apa-apa je lah!
Ikon Email di skrin Nami tekan. Satu persatu email yang memasuki inboxnya di baca, yang tidak penting semua dipadamnya. Sedang Nami khusyuk membaca satu persatu email, matanya tertancap pada satu alamat email yang cukup dikenalinya. 

Rizal@NDholding.com.my  Email dari Rizal!

Antara mahu dan tidak, Nami buka juga email itu. Satu persatu ayat-ayat di dalam email itu dibacanya.

Dear Namira,
Reez minta maaf. Reez harap Nami dapat terima semua keputusan Reez. Reez dah cuba cintakan Nami, tapi Reez tak mampu, Reez tak mampu sangat-sangat. Reez betul-betul cintakan kekasih Reez sekarang. 

Air mata Nami sudah bertakung di tubir mata. Menunggu masa untuk terjun sahaja. Terasa sungguh kejam perbuatan Rizal padanya saat ini. Hati dan perasaan Nami terdera lagi oleh email Rizal yang baru dibacanya tadi. Pedih, sungguh pedih!

Air mata yang ditahan-tahan akhirnya gugur juga.

“ Nami jom makan!” Pelawa Rina, rakan sebelah mejanya. Air mata yang gugur Nami seka laju-laju.

“Eh, kau kenapa?” Rina sudah menarik kerusinya mendekati kerusi Nami. Nami geleng kepala.

“ Ceritalah, dengan aku pun nak rahsia.” Tambah Rina.

“ Rizal tinggalkan aku,” ucap Nami. Air mata gugur lagi.

“ Astagfirullah alazim,” Rina bagai tidak percaya. Baru sahaja minggu lepas Rina temankan Nami ke Sogo mencari perfume untuk hantaran Rizal.

“ Tapi kenapa? Kau buat salah apa?” Mata Rina membutang. Masih terkejut dengan apa yang didengarinya.

Nami menggeleng laju. “Aku pun tak tahu apa salah aku, dia cuma cakap dia jatuh cinta dengan perempuan lain, tu je.” Balas Nami. Rina pula geleng kepala. Susah nak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Nami saat itu. Susah juga nak percaya lelaki bernama Rizal itu boleh berubah sekelip mata. Gila!

“ Sabar ye, jom kita pergi breakfirst dulu.” Pelawa Rina. Nami geleng kepala.

“ Janganlah macam ni, tabahlah Nami. Fikir positif, dia putuskan hubungan korang sebelum bertunang, sebelum kahwin. Kira okeylah, cuba bayangkan kalau kau dapat tahu dia curang lepas korang kahwin? Mesti kau lagi sakitkan?” Rina cuba buat Nami berfikiran positif. Nami memandang lama wajah Rina. Ada keikhlasan dalam kata-katanya.

“ Thanks Rina,” balas Nami. Senyuman diukirnya. Rina ikut tersenyum.

“ Tak ada apa-apalah, akukan kawan kau. Apa gunanya kawan kalau tak boleh membantu kawan dia sendirikan?” jawab Rina. 

“ Jom kita makan, aku dah lapar ni. Tak apa, kau jangan risau, aku doa kau jumpa dengan orang yang lebih baik dari dia. Yang betul-betul cinta mati dekat kau!” ucap Rina lagi. 

Nami mengukir senyuman. “InsyaAllah,” balas Nami. Terasa lega sedikit perasaannya setelah dapat meluahkan semuanya kepada Rina. Kata-kata positif dari Rina sangat membantunya untuk memadam perasaan kepada Rizal.

3 comments:

  1. Best sgt ! amir n nami pdanan yg suwitt hihi however sye ske crita yg cik writer bawakan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. sedihnya.. sian namira :(

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)