Monday, 25 February 2013

Encik Separuh Jiwa 6


“PADAN muka kau perempuan!” ucap Amir perlahan. Kakinya yang dipijak tadi masih terasa pedih. Hari ini sudah tiga kali Amir dipukul oleh perempuan yang sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Novel berkulit hijau itu kejap dalam genggamannya, takut gadis tadi merampas semula novel itu jika Amir leka. Amir berjalan perlahan hingga tiba di pintu keluar ERL. Melihatkan keadaan di pintu keluar itu masih sunyi, Amir membuat kesimpulan sendiri bahawa ERL yang di naiki Elia belum lagi tiba.

Amir menghenyakkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan pintu keluar ERL, tujuannya adalah untuk memudahkan Elia melihatnya nanti. Sambil menunggu, Amir membelek-belek novel berkulit hijau di tangannya. Pandangan Amir terhenti pada synopsis di kulit belakang novel. Amir terbuai membaca synopsis itu. Hati Amir berperang antara mahu baca atau tidak.

Kulit depan novel itu dipandangnya lama. Tidak pernah sepanjang hidupnya dia membaca atau membeli novel. Jauh sekali menghayati novel cinta. Entah mengapa, melihatkan novel berkulit hijau itu membuatkan perasaan Amir membuak untuk membacanya.

“ Well, ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku baca novel, apalagi novel cinta!” ucap Amir pada dirinya.

Helaian pertama dibukanya. Patah demi patah perkataan dibaca, habis muka surat pertama, Amir beralih pula pada muka surat seterusnya. Sedar tak sedar, sudah tiga bab habis dibacanya. Amir menghentikan pembacaannya apabila terasa tengkuknya sakit. Novel berkulit hijau itu ditutup. Amir memicit-micit perlahan tengkuknya yang terasa lenguh. Jam di pergelangan tangannya di pandang. Sudah pukul 2.00 petang, ini bermakna sudah dua jam Amir duduk di situ. Namun, kelibat Elia masih belum kelihatan. Amir menggaru kepala sendiri. Tak akan Elia kena culik kot?

I-Phone 5 dikeluarkan dari poket. SMS dan Whatsapp di buka. Tiada sebarang pesanan dari Elia untuk Amir. Tanpa berfikir panjang, nombor Elia di dailnya. Lama Amir menunggu talian bersambung, pada deringan yang ke lapan, akhirnya panggilan bersambung.

Hello, you dah naik ERL ke belum?” lembut suara Amir bertanya.

“ Laa, apasal you tak bagitahu, I ni bukannya patung nak tunggu dekat KL Sentral ni!” Suara Amir sudah naik satu oktaf.

“ Suka hati youlah! You bukannya sesiapa pada I,” balas Amir merajuk.

Klik,

Panggilan di matikan. Amir sudah mengetap bibir. Sakit hatinya dengan sikap Elia. Kenapa tak SMS bagitahu dia balik naik teksi? Payah ke nak SMS cakap tak nak singgah KL Sentral? Amir mendegus kasar lagi.

Hari ini hidup Amir memang malang. Sudahlah kena tumbuk, kena tampar, kena pijak kaki. Tambahan lagi kena tipu dengan bekas tunang! Alahai, ini kena balik mandi bunga ni, buang badi perempuan gila yang suka-suka hati membelasahnya pagi tadi. Apa malang nasibnya hari ini. Mungkin sebab keluar rumah kaki kiri kot! Pulak tu keluar rumah tak baca ayat kursi. Sebab tu lah nasib malang bertimpa-timpa. Amir berdiskusi dalam diri sendiri.
I-phone 5 di dalam poket berbunyi lantang menandakan satu panggilan menujah skrinnya. Amir sudah senyum kembali kerana menyangka panggilan itu dari Elia. I-phone dikeluarkan cepat-cepat dari dalam poket.

Sangkaan Amir meleset apabila melihat nama yang tertera pada skrin. Muka Amir mencuka apabila nama Dani tertera di skrin.

“ Hello,” Amir memulakan perbualan.

“ Hello, kau dekat mana ni?” laju sahaja Dani bertanya.

“ KL Sentral, kenapa?”

“ Buat apa?”

“ Sejak bila pula kau jadi tunang aku sampai semua benda aku kena bagitahu?” sindir Amir. Dani di hujung talian sudah ketawa terbahak-bahak.

“ Susah aku dapat kawan biul macam kau ni!” balas Dani masih dalam tawa.

“ Kau call aku ni apa hal? Pulak tu suka-suka kata aku biul!”

Big Boss cari kau, dia tanya project Resort dekat Pulau Pangkor tu. Bila kau nak submit pada dia?” Tanya Dani.

Amir mendegus kasar. “ Report dah siap, aku tak sempat print tadi. Esok pagi aku letak atas meja dia,” balas Amir. Kerana Elia, tak pasal-pasal kerjanya tadi tertangguh. Betul kata Dani, semua sebab Elia!

“ Erm, okey nanti aku sampaikan. Big Boss suruh kau site visit Resort tu minggu depan tau,” balas Dani lagi.

“ Ala, mana boleh!”

“ Kenapa tak boleh pula?” Dani pelik dengan sikap Amir semenjak dua menjak ini.

“ Minggu depan Elia Konvokesyen Master dia, aku nak tengok dia!” balas Amir tidak bersalah.

Dani di hujung sana mendegus kasar pula. “ Amir, kau ada ke, kau tak ada ke, tak tinggalkan apa-apa kesan di hati Elia. Ni ha, jaga sikit hati boss tu, kejap lagi KPI kau jatuh, kau jangan nak tanya kenapa!” kata-kata Dani semakin keras.

For the last, apa salahnya aku nak ambil berat pada Elia?” Amir cuba menegakkan benang yang basah.

“ Amir, aku rasa kau memang patut pergi Pulau Pangkor tu. Penyakit kau ni dah kronik sangat. Memang tahap wajib masuk Hospital sakit jiwa dah. Pendapat aku, kau pergi Pulau Pangkor tu, sambil bekerja, sambil bercuti, tenangkan fikiran kau dan terima kenyataan bahawa Elia dah tak ada apa-apa hubungan dengan kau. Be rasional bro!” lembut tetapi sinis kata-kata Dani yang masuk ke telinga Amir.

“ Tengoklah macammana, nanti aku fikirkan.” Balas Amir. Sengaja Amir mengalah. Sudah malas dan sudah muak Amir mendengarkan kata-kata yang sama keluar dari mulut Dani. Tidak dapat Amir sangkal lagi bahawa kata-kata yang keluar dari mulut Dani itu ada benarnya. Namun, kerana rasa cintanya yang masih menebal buat Elia, maka Amir pekakkan sahaja telinganya dari mendengar setiap butiran nasihat Dani.

“ Okey, fikir elok-elok. Esok pagi jangan lupa submit project resort tu pada boss.” Ringkas arahan Dani.

“ Okey,”

Klik,

Talian diputuskan. Amir memicit-micit perlahan lagi tengkuknya. Bagaimana mahu dipadamkan rasa cintanya pada Elia. Sungguh sekarang Amir sedang cuba membuang nama Elia dari hatinya. Tapi, Amir tak mampu. Bukan sekali, telah berkali-kali Amir mencuba. Tapi semuanya gagal. Amir bangun dari kerusi, langkah diaturnya ke surau. Amir buntu, hanya pada Allah tempat dia mengadu, tempat dia mencari ketenangan. Amir percaya, segala yang berlaku antara Elia dan dirinya ada hikmah yang dirahsiakan. Amir sedar, keretakan hubungannya dengan Elia berpunca darinya, dan kerana sedar akan kesilapan itu, Amir sedaya-upaya cuba menjernihkan semula hubungan mereka. Walau hakikatnya Amir sedar bahawa cinta Elia bukan lagi miliknya, namun Amir tetap berusaha, selagi Elia belum berkahwin, Amir percaya dia masih berpeluang untuk mendapatkan semula cinta Elia.
Elia, untuk kali pertama, tolong bagi aku peluang kedua!

***
MUKA SURAT seterusnya Novel berkulit hijau itu di selak lagi. Amir tiba-tiba jadi sangat rajin untuk membaca novel milik gadis tadi. Amir tidak sabar ingin tahu apa yang terjadi antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Mata-mata yang memandangnya di ruang menunggu LRT itu Amir buat tidak nampak. Saat itu perasaannya terbuai membaca kisah antara Zarief dan Aleeya.

Pembacaan Amir terhenti apabila matanya tertancap pada sekeping kad di antara muka surat novel itu.

“ Namira Rasyifah Rasyidi,” sebut Amir perlahan

“ Pembantu Arkitek, Project Planning Management OAM Holding. Jawatan hebat, penampilan macam mak cik-mak cik!” bebel Amir sendirian. Kad nama gadis itu dimasukkannya ke dalam dompet. Esok-esok boleh kacau minah ni! Amir sudah ketawa menyenget.

“ Padan muka kau!” ucap Amir perlahan. Sejak kejadian tadi, Amir menjadikan gadis itu musuhnya. Amir senyum menyenget. Terasa bahagia kerana dapat mengetahui nama, nombor telefon dan tempat gadis itu bekerja. Sabar ye Namira Rasyifah, kejap lagi abang tahu macammana nak ajar kau berbahasa!



1 comment:

  1. hehe..yeah kacau2..suka dengan amir..nak berkenalan boleh. Alamak dah jatuh cinta dah..nexttttttttt..tak sabor nak baca.

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)