Monday, 18 February 2013

Encik Separuh Jiwa 3





“ HEY Perempuan!” Nami menjeling tajam lelaki yang berdiri tegak di sebelahnya. Lelaki ni lagi! Ucap Nami dalam hati.

“ Kau ni, tak tahu nak minta maaf ke?” tambah lelaki itu lagi. Nami menjeling lagi.

“ Aduhai..apa malang aku jumpa perempuan gila hari ni!” bebel lelaki itu.

“ So?” jawab Nami sepatah.

“ Eh, ada suara rupanya!” balas lelaki itu.

“ Kau ni ego ye? Memang jenis tak tahu nak minta maaf bila dah langgar orang eh?”

“ Whatever!” balas Nami ego.

“ Ergh, Encik pink mulut murai, ada benda lain nak cakap lagi?” sindir Nami. Lelaki itu mengerutkan kening.

“ Kalau tak ada, saya nak naik LRT ni, tu pun LRT dah sampai, jom lah kita!” ucap Nami sambil ibu jarinya menunjukkan ke arah LRT yang sedang memasuki Stesen Universiti itu.

“ Kau ni memang ada masalah mental!” balas lelaki itu. Pintu LRT terbuka. Nami sudah bergerak ke dalam perut LRT. Matanya meliar mencari tempat duduk kosong. Nami mengukir senyuman apabila melihat satu kerusi kosong di hujung coach.

LRT mula bergerak meninggalkan Stesen Universiti. Nami berjalan berhati-hati kerana keadaan di dalam coach itu bergoyang akibat daripada kelajuan pergerakan LRT itu.

Mata Nami membutang apabila lelaki yang di tumbuknya tadi sudah bergerak duduk di tempat yang ingin di tujunya tadi.

“ Weh! Ni tempat aku la,” ucap Nami. Lelaki itu buat tidak tahu.

“ Hoi! Bangunlah!” tambah Nami. Lelaki itu buat tidak tahu. Senyuman sinis dihadiahkan pada Nami.

“ Kau cakap dengan aku ke?” Soal Lelaki itu tiba-tiba.

“ Tak lah, aku cakap dengan dinding. Sengal!” balas Nami tidak mahu kalah.

“ Oh, aku ingat kau cakap dengan aku.”  Lelaki itu sudah mengaru-garu kening kirinya. Nami sudah memandang tajam lelaki itu.

“ Ergh, aku minta maaf, tapi aku memang kena buat macam ni.” ucap Nami tiba-tiba.

“ Buat apa?” Lelaki itu sudah mengerutkan dahi tanda tidak faham maksud Nami.

“ Buat ni!” Nami sudah menarik kasar tangan lelaki itu untuk membangunkannya dari kerusi itu,

“ Eh! Apa ni? tak naklah! Aku tak nak bangun,”  balas lelaki itu.

“ Bangunlah!” Nami menarik kasar tangan lelaki itu.

“ Tak nak!” Lelaki itu menarik semula tangannya.

“ Bangun!”

“ Tak nak!” Lelaki itu menarik kasar lengannya di dalam genggaman Nami. Nami hilang pertimbangan. 

Tanpa sedar Nami terjatuh ke atas lelaki itu. Mereka berdua terdiam. Nami benar-benar terkedu. Terasa darah menyerbu ke mukanya. Malu. Seisi coach memandang ke arah mereka.

Lelaki itu hanya terpaku. Saat itu mukanya beberapa inci sahaja hampir terkena muka Nami. Terasa hembusan nafas Nami. Hampir tiga puluh saat berlalu, mereka berdua bagai baru tersedar dari mimpi. Lelaki itu menarik tangannya yang tiba-tiba terpeluk Nami. Nami bangun. Matanya tajam memandang lelaki itu.

“ Lelaki tak guna!” satu tamparan mengenai pipi kiri lelaki itu.

“ Hoi! Apa salah aku?” balas lelaki itu.

“ Kau dah ambil kesempatan pada aku, kau tanya salah kau?” Suara Nami sudah naik satu oktaf.

“ Gila!” balas lelaki itu. Lelaki itu bangun dari duduk. Tidak puas hati.

“ Lelaki semua sama! Suka mempermainkan perasaan wanita.” Nami menolak kuat lelaki itu. Lelaki itu terduduk di tempat duduknya kembali.

“Next Station, KL Sentral” Interkom di dalam LRT itu berbunyi kuat. Nami sudah berjalan ke arah pintu.

“ Gila!” terdengar kata-kata itu keluar dari mulut lelaki itu. Nami buat tidak tahu.

“ Apa malang nasib aku jumpa perempuan gila hari ni, pagi tadi kena tumbuk, lepas tu kena lempang pula! Hoih.. bagi free buat bini pun aku tak nak perempuan macam ni, gila dia stok meroyan. Memang dah tak boleh ubat dah ni. Kronik! Hantar hospital inject bagi mati je, buat semak dunia je ni..” kuat suara lelaki itu. Sungguh, sangat menikam jantung Nami. Mata Nami mula berkaca. Tapi sengaja di tahannya. Ego!

“ Nasiblah mak ayah aku tak ajar pukul perempuan, kalau tak.. dah lama perempuan ni aku campak keluar tingkap LRT ni!” tambah lelaki itu. Nami sudah mengerutkan dahinya.

Setelah pintu terbuka, Nami cepat-cepat berjalan keluar dari LRT. Macam-macam perasaan menganggu dia saat itu. Malu, sedih, sakit hati semua silih berganti.

Lelaki semuanya sama. Sifatnya mempermainkan perasaan, menyakitkan hati, memalukan wanita!

Dengan rasa sakit hati yang masih bersisa, Nami bergerak terus keluar dari stesen LRT KL Sentral. Langkah di atur tanpa tujuan di dalam ruang legar tingkat bawah itu. Dalam kepala, Nami mula terfikir, kenapa lelaki itu menjadi tempat dia melampiaskan kemarahannya? Kenapa lelaki itu? Lelaki itu bukan Reez! Nami tidak pernah mengenali lelaki itu apalagi bertegur siapa. Kenapa? Nami geleng kepala lagi.

Tapi, kata-kata terakhir lelaki itu tadi membuatkan kemarahannya pada lelaki itu memuncak kembali. Ayat terakhir itu memang boleh buat kepala mendidih beb!

Oh Reez, Aku rindu kau! Aku benci kau!

Langkah Nami atur ke restoran Mc.Donald di tingkat bawah KL Sentral itu. Jam di tangan sudah terarah ke angka sepuluh pagi. Keadaan di dalam restoran makanan segera itu sedikit sunyi. Nami bergerak ke kaunter, selesai memesan set Mc.Chicken dan kopi, Nami bergerak mencari meja yang agak terselindung dari laluan orang ramai. Nami ingin mencari ketenangan. Cuba menimbang semula perlakuan dia sebentar tadi. Semuanya kerana seorang lelaki bernama Rizal.

Nami meletakkan dulang yang berisi makanan itu di atas meja. Kemudian Nami bergerak ke rak untuk mengambil sos dan beberapa paket gula dan creamer. Setelah itu Nami melangkah semula ke meja yang dipilihnya tadi. Nami mengambil tempat duduk di kerusi yang menghadap pintu masuk restoran makanan segera Mc.Donald itu.

Nami mula teringatkan Reez. Perkenalan mereka bukan sekejap, malah mereka telah merancang untuk mendirikan rumahtangga. Tanpa berita, tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa kata, Reez berubah. Bukan sedikit, tapi banyak! Perubahannya sungguh ketara. Serius Nami rasa betul-betul terhina. Hasrat Nami di permainkan begitu sahaja oleh Reez.

Kita tak ada jodoh, anggaplah semua ini suratan!

Kata-kata Reez itu bagai satu penghinaan bagi Nami. Sia-sia sahaja pengorbanannya selama ini. Rupa-rupanya hati Reez sudah berubah, hati Reez telah di miliki wanita lain. Patutlah ketika Nami meminta Reez menemaninya ke The Mall untuk mencari barang-barang untuk hantaran di tolak dengan pelbagai alasan. Rupanya saat itu Reez memang telah berubah, sudah tidak berminat untuk meneruskan hubungan mereka untuk lebih jauh.

Nanti Reez dah dapat kerja, kita bertunang. Reez kumpul duit, kita kahwin ye!

Nami menarik nafas dalam-dalam apabila terkenangkan kata-kata Reez dulu. Sungguh sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Cinta boleh datang dan pergi. Andai ini kesudahnya cinta mereka, sungguh Nami tak akan jatuh cinta dengan Reez. Nami lebih rela menganggap Reez hanya sebagai kawan biasa. Sungguh!

Reez minta maaf. Reez harap Nami boleh terima apa yang Reez sampaikan ni. Nami, Reez tak dapat teruskan hubungan ini. Reez tak boleh bertunang dengan Nami. Reez tak bersedia, Reez dah ada pilihan lain. Reez minta maaf. Reez betul-betul minta maaf.

Kata-kata Reez semalam bagaikan halilintar yang memanah hati Nami. Kecewa. Sungguh Nami sangat kecewa. Tak tercapai akalnya bahawa Reez akan menuturkan kata-kata itu.
Reez dah ada pilihan lain yang lebih baik.

Air mata Nami jatuh. Apa lagi yang kurang pada Nami. ‘Yang lebih baik’ perkataan ‘yang lebih baik’ itu membuatkan Nami terasa kecil, terasa hina. Ikutkan hatinya, mahu sahaja Nami meminta Reez menerangkan makna ‘yang lebih baik’ itu mengikut definisinya. Tapi, saat Reez mengucapkan kata perpisahan itu, Nami kelu seribu bahasa. Tiada kata mampu terzahir dari mulutnya.

Nami buntu. Bagaimana mahu Nami terangkan semuanya pada mak dan abah. Tak sanggup rasanya untuk Nami melihat reaksi keluarganya. Air mata Nami jatuh lagi. Buntu!

“ Kakak, maaf menganggu, akak okey?” seorang gadis yang memakai uniform Mc.Donald memegang lembut bahu Nami. Nami mengukir senyuman. Kepala diangguk perlahan tanda respon kepada gadis itu. Gadis itu mengukir senyuman kemudian berlalu pergi.

Nami menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir. 

1 comment:

  1. Best giler..terbaiklah..hehe..hantar hospital inject..hehe.

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)