Wednesday, 5 December 2012

Encik Separuh Jiwa 2



“ Aku cintakan kau, betul.. aku cintakan kau! “
“Kau ni gilalah Reez, dah laa gila, senget pula!” balas Nami dalam gurauan.
“ Aku betul-betul cintakan kau,” tangan Nami di genggam erat.
“Wait, aku? Aku jatuh cinta dengan kawan sendiri? Memang tak lah!” Tangannya di dalam genggaman Reez di sentap kasar.
“Nami, aku serius!” Nami geleng kepala.
“ Beri aku peluang, aku sayang kau!”
“Aku tak sayang kau!”
“ Nami..”

NAMI berdiri di tepi dinding memandang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di sepanjang laluan Faderal Highway itu. Pemandangan pagi dari balkoni tingkat 11 flat PKNS Pantai dalam itu sangat meriah, sini-sana orang ramai bersesak – sesak mengejar waktu. Nami hanya memandang kosong, terasa kekosongan yang mula bertandang di jiwanya.

“ Kau okey tak ni?” sapa Laila tiba – tiba, Pandangan di alihkannya pada Laila di balik pintu kaca yang memisahkan balkoni dan ruang tamu. Air mata yang gugur di kesat perlahan. Senyuman di ukir.

“ Okey je!”

“ Ye lah tu, aku takut kejap lagi kau tak centre, tiba – tiba kau terjun!” 

Nami sudah mengerutkan dahi, “ Aku masih ada iman!” jawab Nami tidak puas hati.

“ Kadang – kadang hati boleh mengatasi iman,” balas Laila.

“ Insya – Allah,” Nami sudah bergerak ke ruang tamu. Punggungnya di henyak  di atas sofa L shape di tepi dinding.

“Kau kena sabar banyak-banyak, ada hikmahnya tu.”Laila seakan memujuk.

“Macammana aku nak sabar kalau dia tinggalkan aku untuk orang lain?

“ Mungkin Allah telah ciptakan seseorang yang lebih baik untuk kau dekat luar sana. Dan, yang pasti orang itu bukan dia. Bagi peluang pada diri kau..”

“ Entahlah,” balas Nami berat. Laila sudah bergerak ke muka pintu. Cawan berisi nescafe yang masih berbaki di bawa ke sinki.

“ Aku gerak dulu, kau take care!” Balas Laila. Nami mengangguk malas.
Daun pintu di tutup kasar. Jam menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi. Suasana di dalam rumah itu kembali sunyi. Sesunyi hati Nami.

Satu sms menujah skrin handfone Galaxy notenya. Dari Reez. SMS itu di buka lambat-lambat.

I’m so sorry Nami,

Ringkas ayatnya, tapi sangat menikam jiwa. Air mata Nami gugur lagi.

Kau kejam!

Taip Nami geram. Butang hantar di tekan. Handfone itu di biarkan sahaja di atas sofa. Nami bergerak ke bilik, tuala berwarna ungu di belakang pintu dicapai, Nami bergerak ke bilik air.

Sesungguhnya, telah tercatat bahawa pasangan Namira bukanlah Rizal. Telah tertulis pada takdir bahawa Rizal bukanlah sang Adam yang di tunggu. Andai benar Rizal di cipta untuk Namira, sesungguhnya tak akan sedetik pun terdetik di hati Rizal untuk curang. Sungguh Rizal telah berubah!

Lima belas minit kemudian, Nami keluar dari bilik air. Nami bersiap sepantas mungkin. Pagi itu dia hanya mengenakan jean biru levi’s, memakai t-shirt hitam bersaiz besar dan hanya memakai tudung bawal putih yang di silangkannya di bahu sebelah kanan dan kiri.

Handfone di atas sofa dimasukkan ke dalam beg sandang yang di silangkannya di bahu. Nami berjalan kea rah pintu utama. Sneakers hitam di dalam rak dikeluarkan. Hati-hati Nami menyarungkannya ke kaki. Setelah selesai memakai kasut, Nami mengunci pintu dan bergerak ke pintu lift lalu butang lift di tekan malas.


LIMA minit kemudian, Nami tiba di lobi. Arah tujuan Nami adalah stesen LRT Universiti yang terletak beberapa meter dari rumahnya. Hari ini Nami tidak bersemangat untuk memandu. Nami hanya mahu melayan perasaan sedih dan pilunya. Langkah Nami atur perlahan.  Beberapa minit berjalan, akhirnya Nami sampai juga ke stesen LRT itu. Jam sudah menginjak ke angka 9.00 pagi, orang ramai masih tidak henti-henti memenuhi ruang di dalam stesen LRT itu.

Ketika bersesak-sesak untuk membeli tiket, tanpa sedar Nami terlanggar seseorang.

“ Adoi! Buta ke?” jawab Nami sambil memegang dahinya.

“ Kau tu yang buta, aku punya besar ni pun kau nak langgar!” lelaki di depan Nami itu membalas kasar.

“ Kalau dah tahu kau tu besar, apasal tak elak?” Nami sudah tidak puas hati.

“ Eh, kau yang langgar aku, kan?”

“Mana ada!” Nami tidak mahu kalah.

“ Kau ni gilalah, dah lah gila.. sewel pula, tambah ego lagi, malang sungguh siapa yang kahwin dengan kau!” Mulut lelaki itu sudah bagai bertih jagung. Nami sudah mengeluh. Sakit benar hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. 

“ Ini haa, fesyen entah apa-apa, macam orang tua..macam mak cik-mak cik nak pergi pasar!” Nami semakin geram. Nafas di tarik dalam-dalam.

“ Selekeh!” jawab lelaki itu.

Bushhh!!!

“Aduhhhhh!” jerit lelaki itu perlahan sambil memegang perutnya yang terasa pedih.

“ Ha.. itu ubat dia, aku rasa, kau dah ambil insurans kemalangankan, mulut tu cover insurans 1 juta kan?” Nami masih menggepalkan penumbuknya. Geram!

“ Bye sayang!” senyuman sinis Nami ukir pada lelaki itu.

“ Perempuan gila!” jerit lelaki itu. Nami buat tidak dengar, sengaja Nami berjalan laju ke kaunter tiket. Nami puas, sepatutnya dia buat benda yang sama pada Rizal tempohari.


Lelaki, sifatnya hanya mempermainkan perasaan!

__________________________________________

Bersambung...

3 comments:

Thanks ye sudi bagi feedback :)