Thursday, 11 October 2012

Encik Separuh Jiwa 1



“ BODOH!” Jerit Nami kuat. Air mata yang menitis turun dari pipi disekanya cepat-cepat. Satu – persatu gambar lelaki itu dikoyaknya.

Sakit, geram, rasa di permainkan silih berganti.

Tiga tahun, tiga tahun jangkamasa dia bersama lelaki itu. Satu jangka masa yang lama. Dan, hari ini dia ditinggalkan begitu sahaja.

“ Aku benci kau!”

“ Aku benci lelaki macam kau!”

“ Lelaki semuanya sama!”

“ Bodoh!” Jerit Nami lagi.

“ Penipu!” tambah Nami.

“ Sampai bila kau nak macam ni?” Nami mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Lily yang berdiri di hujung pintu bilik Nami sudah bercekak pinggang.

“ Aku benci dia!”

“ Aku tahu, tapi tu tak bermakna kau nak sakitkan diri kau pulak!”

“ Dia khianati aku!”

“Aku tahu Nami,”

“ Aku sakit, hati aku pedih!”

“ Ye, aku faham Nami!”

“ Kau tak faham!” Jerit Nami kuat. Air mata yang tak henti-henti jatuh dari kelopak mata diseka laju. Lily sudah geleng kepala. Bosan dengan perangai Nami.

“ Aku faham,” Lily sudah berjalan ke arah Nami yang sudah terduduk di tepi katil. Satu- persatu baju-baju yang bersepah di dalam bilik itu di kutipnya. Buku-buku di susunnya di tepi meja belajar. Teddy bear yang diberi nama Encik Bubu itu dihulurkannya kepada Nami. Nami hanya kaku, tidak sedikitpun dia berhasrat untuk memeluk teddy bear kesayangannya itu.

“ Ambillah, kau dah tak sayang dia ke?” Nami masih membisu. Lily masih menghulurkan teddy bear itu kepada Nami.

“ Aku benci bear ni!” ucap Nami geram.

“ Kenapa? Ini bukan duit dialah. Kau beli teddy bear ni pun sebelum kau kenal dia!” Suara Lily sudah naik satu oktaf.

“ Aku tak suka!” bantah Nami. Lily geleng kepala lagi.

“ Kalau dia bodoh, kau jangan jadi gila hanya kerana kebodohan dia Nami!” Sinis kata-kata Lily. Lily sudah bergerak ke pintu. Bosan dengan perangai Nami.

“ Lily, kau tak faham!” ucap Nami.

“ Apa yang aku tak faham?” Lily sudah berpaling melihatkan Nami. Bersedia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nami.

“ Dia buat perangai ketika menjelang hari pertunangan kami, aku malu, semua persiapan dah siap, alih -alih benda macam ni jadi,” Kata-kata Nami terhenti. Air mata yang terjun laju dari tubir mata di seka perlahan. Sebak rasa hatinya berganda-ganda.

“ Semua persiapan dah sedia, make-up, pelamin, catering, semua dah tempah. Apa aku nak cakap dengan keluarga aku?” Mata Nami sudah merah. Ada sedu di hujung kata-katanya. Sedih benar Nami saat itu.
Lily kembali mendapatkan Nami.

“ Namira, kadang-kadang ada sebab Allah jadikan semua benda ni,” lembut suara Lily memberi nasihat.

“ Sebab apa? Kenapa?”

“ Sebab Allah dah tentukan semua ini. Allah dah aturkan bahawa dia bukan yang terbaik untuk kau!”

“ Lily, aku bukan baru kenal dia. Aku dah kenal dia tiga tahunlah!”

“ Sekuat manapun cinta kau padanya, kalau ada jodoh nak buat macammana?” Lily sudah bersila di hadapan Nami.

Nami geleng kepala. Tak mampu untuk menerima kata-kata Lily.

“ Nami, kau kira bertuah. Allah tunjukkan pada kau cepat. Apalah sangat dengan majlis pertunangan. Aku ni hah, dia buat hal seminggu lagi sebelum majlis kahwin aku. Kau agak macammana perasaan aku, Macammana sakitnya hati aku?” 

Lily sudah menepuk perlahan dadanya. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

Nami sudah terdiam. Bagaikan tersedar dari mimpi, hanya esakan kecil terdengar darinya.

“ Sakit dan pedih yang aku rasa berganda-ganda, saat tu maruah aku bagai di pijak-pijak.” Tambah Lily.

Air mata yang masih mengalir di pipi Nami di seka perlahan oleh Lily.

“ Dah, ada sebab kenapa Allah tentukan semua ni,”

“ Aku cintakan dia Lily!” ucap Nami dalam sedu.

“ Sudahlah, jangan bazirkan air mata kau untuk lelaki tak guna macam tu,” nasihat Lily lembut.

Nami mengangguk perlahan. Cuma menerima hakikat bahawa jodohnya tidak panjang dengan lelaki itu. Nami masih menahan sedu. Terlalu sedih dengan perpisahan itu.

“ Selagi kita hidup, selagi itu perpisahan itu ada, sabar banyak-banyak!” Lily sudah menggosok perlahan belakang Nami. Memberi nami semangat dan kekuatan baru.
Namira, kau kena kuat!


                SAMSUNG galaxy Ace di tepi sofa berbunyi kuat. Nami masih duduk di meja makan. Tangannya menguis lemah nasi lemak di dalam pinggan. Nami bagai hanyut dalam dunianya sendiri. Deringan handfone itu sedikit pun tidak menganggu konsentrasinya.

“ Nami! Nami!” bahu Nami digoncang kuat. Nami bagaikan tersentak. Matanya bertemu dengan mata 
Ryana. Senyuman plastic diukir Nami. Ryana sudah geleng kepala.

“ Kau ni!” Ryana sudah sibuk menuang nescafe di dalam teko ke dalam mug di depannya.

“ Kau tak kerja ke? Dah pukul 7.00 dah ni!” Ryana sudah menghirup nescafe di dalam mug. Nami geleng kepala laju.

“ Apa hal ni?” Ryana pelik.

“ Aku MC!” balas Nami sepatah.

“ Hurm, sebab lelaki macam tu kau nak jadi macam ni ke?” Nami sudah mengerutkan kening. Geram mendengarkan kata-kata Ryana.

Ryana bangun dari duduknya. Beg tangan di atas meja di capai.

“ Be strong! Girl power beb!” Ryana mengukir senyuman pada Nami. Nami kerut kening lagi.

“ Whatever!” jerit Nami pada Ryana yang sudah sampai ke muka pintu utama. Ryana senyum lagi.

“ It’s ok, take your rest! Balik kerja nanti aku kaunseling kau cukup-cukup,” ucap Ryana. Pintu sudah di 
tutup kuat. Bunyi Grill pagar di luar pintu di tarik meyakinkan Nami bahawa Ryana sudah bergerak ke pintu lift.

Macammana nak lupakan dia?
Macammana?
Orang cakap,
Kita perlukan satu hari untuk jatuh cinta,
Kita perlukan satu tahun untuk menyayangi,
Kita perlukan sepanjang hayat untuk melupakan dia!

Nami buntu. Satu sahaja cara untuk lupakan dia, hentak kepala di dinding, biar hilang semua ingatan tentang dia! Tapi, perlukah?

Nami geleng kepala lagi. Hatinya masih sakit. Betapa kejam lelaki itu. Sangat kejam kerana mempermainkan hati wanitanya. Kejam sangat kejam!

“ Aku benci kau!” jerit Nami tiba-tiba. Gigi dikacingnya. Geram!

# bersambung..



no copycat please! I know who you are dear :D

5 comments:

  1. aduhai..nak tunggu sambungan ni..hihih

    ReplyDelete
  2. Yeah..in progress nak baca encik separuh jiwa ni..hehe.

    ReplyDelete
  3. Cheryel Charissah27 January 2014 at 14:00

    best :)

    ReplyDelete

Thanks ye sudi bagi feedback :)